Bukan semua pelakon datang daripada keluarga kaya, ada sesetengah yang berjaya menempa nama kini adalah dari golongan susah.
Kebanyakan pelakon bekerja keras dalam industri seni untuk mengubah nasib keluarga yang serba kekurangan.
Siapa sangka pelakon cantik, Diana Danielle pernah mengalami situasi sama semasa kecil dan dibesarkan oleh ibunya.
Menerusi podcast di YouTube Deborah Henry, Diana berkongsi bahawa dia pernah berpindah randah sebanyak 11 kali.
Isteri kepada pelakon Farid Kamil itu mengakui tidak mempunyai rumah, wang atau makanan malah pernah menumpang rumah orang lain.
“Saya datang dari latar belakang yang sangat bawah. Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan.
“Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun. Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat.
“Saya cuma bawa beg sandang dan ketika itu berusia sekitar 10 ke 12 tahun. Ibu saya jatuh sakit dan dia kehilangan perniagaannya,” ujarnya dalam podcast tersebut.
Pada masa sama, akibat kekurangan duit, Diana berkongsi kisah sedih dirinya yang tidak mampu membeli nasi lemak yang hanya berharag RM1 ketika itu.
“Kami memang tak ada duit langsung. Nak beli nasi lemak sebungkus RM1 pun tak mampu. Itulah sebabnya saya mula berlakon lebih dengan serius.
“Saya sedar kebendaan cuma kebendaan, duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya menentang itu kerana menjadi gangguan.
“Disebabkan itulah saya rasa orang jadi tertekan kerana tidak dapat mencapai jangkauan yang masyarakat ada terhadap kita,” tambahnya.
Baca juga: Enggan ulas soal hubungan lama, Mawar pilih jaga emosi anak, masih hormat bekas suami