Nak kaut untung punya pasal, peniaga tergamak jual “burger stadium” letak patti ayam separuh

Oleh KIM SYAZIE

Mengejutkan bagaimana masih ada lagi peniaga tidak mementingkan berkat dalam jualan mereka demi meraih keuntungan.

Tular di platform TikTok, seorang pengguna berkongsi rupa “burger stadium” yang dibelinya sehingga menjadi bualan pengguna media sosial.

Mana tidaknya, burger yang dibeli itu cuma berintikan patti ayam dan sos mayonis semata-mata.

Bukan itu sahaja, patti ayam pula dibelah dua.

Di ruangan komen, seorang pengguna mendakwa burger ayam itu dijual pada harga RM5.

Kualiti makanan itu jelas tidak setimpal dengan harga yang dibayar.

Orang ramai menyelar sikap tidak jujur peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan seperti mahu “pergi haji balik hari”.

Ada juga berkongsi pengalaman terbeli burger yang sudah kulat dijual di dalam stadium.

Mereka menyarankan agar orang ramai memboikot burger-burger dijual dalam stadium kerana jelas sudah banyak kali menganiaya pelanggan.

Baca juga: “Kita tengok cantik di Google kita terus ambil pakai” – Kieda buat permohonan maaf, tarik balik jualan jersi