Tular Ferrari mewah terbiar di tempat letak kereta, netizen dakwa pemilik tak mampu bayar ansuran bulanan

Oleh KIM SYAZIE

Portal berita berpengakalan di Singapura melaporkan berkenaan sebuah kereta mewah Ferrari yang dibiarkan di tempat letak kenderaan sebuah blok kediaman.

Dari rakaman video tular, ia sepertinya baru ditinggalkan, mungkin sekitar tiga hingga ke lima hari di tempat parkir tersebut.

Daun-daun kering kelihatan melekat pada bahagian bonet kereta tersebut. Namun bahagian hadapan masih bersih tanpa kotoran.

Terdapat notis pada Ferrari itu menyatakan bahawa ia ditemui ditinggalkan di Lot 69, berdekatan Blok 534, Jalan Jurong Barat 52.

Pemilik kereta itu diminta mengalihkannya dari tempat parkir kenderaan blok tersebut menjelang 1 Ogos ini.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemiliknya akan didenda.

Sementara itu, sebilangan netizen berkata di ruangan komen bahawa pemilik kereta sport mewah itu tidak dapat membayar ansuran bulanan menyebabkan ia dibiarkan di tempat letak kenderaan.

Baca juga: Baru tahu ada kesan buruk kalau ‘settle tepi’ lepas kemalangan, ikut nasihat peguam ini