Seorang pempengaruh TikTok di Singapura menjadi tular di media sosial selepas videonya memberi roti burger percuma kepada orang ramai menarik perhatian.
Dia dikatakan memberi 1,000 roti burger secara percuma kepada pekerja warga asing.
Menurut laporan Agensi, Muhamad Iqbal Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Danny OneStar bertindak sedemikian gara-gara rancangannya untuk berniaga tidak menjadi.
Justeru daripada membuang roti-roti itu, dia memberikannya kepada pekerja asing.
Dia tidak dapat berniaga selepas satu acara muzik yang dikenali sebagai Pesta Trifeca di Ekspo Singapura dibatalkan.
Muhamad berkata, dia berasa gembira selepas melihat para pekerja asing menghargai sumbangan kecilnya kepada mereka.
“Daripada membuangnya, lebih baik saya sumbangkannya.
“Saya juga sangat terharu kerana pekerja ini menerimanya dengan sepenuh hati.
“Mereka juga makan di hadapan saya sambil mengucapkan terima kasih walaupun saya hanya memberi mereka roti kosong,” kata Iqbal.
“Bagi saya, ini mengurangkan pembaziran dan saya menganggapnya sebagai satu bentuk amal kebajikan,” tambahnya.
Dalam video TikTok itu, Iqbal dilihat mengedarkan roti burger kepada para pekerja asing di Jurong.
Baca juga: Baru tahu ada 5 jenis buah-buahan ‘bahaya’ dimakan pada waktu malam, ini puncanya