Kehadiran lapisan kering dan keras dipanggil kerak yang melekat pada periuk setelah nasi dimasak merupakan keadaan menjengkelkan untuk sesetengah orang.
Mana tidaknya, kerak yang melekat pada nasi boleh menyebabkan makanan itu tidak begitu enak dimakan selain sukar untuk dibasuh sekiranya ia melekat di dasar periuk.
Namun mereka yang tidak sukakan kerak nasi tidak perlulah risau kerana ada jalan penyelesaiannya berdasarkan satu hantaran video dari seorang pengguna TikTok.
Afas Fahmie tampil berkongsi panduan mengenai kaedah memasak nasi yang ‘bebas kerak’ malah petua dikongsikannya juga boleh mengelakkan berlakunya pembaziran.
“Masak nasi macam ini senang. Tak perlu pening kepala fikirkan tentang periuk kotor. Tinggal bilas sahaja. Sesuai juga untuk orang bujang yang tak makan nasi banyak, boleh masak sedikit sahaja. Barulah tak membazir.
“Selamat mencuba dan semoga bermanfaat kepada semua orang bujang ataupun manusia yang tak mahu cuci kerak di periuk nasi,” kata pengguna berkenaan dalam hantaran tersebut.
Langkah-langkah masak nasi bebas kerak
1. Mula-mula, basuh beras seperti biasa sebelum masukkannya ke dalam satu bekas atau mangkuk kaca yang tahan panas.
2. Kemudian, tambahkan air secukupnya ke dalam mangkuk atau bekas kaca yang berisi beras itu. Sukatannya sama seperti ketika memasak nasi kaedah biasa.
2. Selepas itu, masukkan air ke dalam periuk nasi. Banyak juga tidak mengapa kerana dikhuatiri boleh menyebabkan nasi menjadi kering sekiranya terkurang air.
3. Langkah seterusnya, letakkan mangkuk ke dalam periuk nasi yang sudah diisi air dan pastikan ia terapung dengan stabil. Kemudian bolehlah dimasak seperti biasa.
4. Selepas 15 hingga 20 minit, bawalah keluar nasi bebas kerak yang sudah siap dimasak. Jangan pula biarkan mangkuk terlalu lama kerana bekas kaca itu boleh sahaja pecah.
Baca juga: “Suami sanggup suruh seseorang buat ‘report’ pasal syarikat aku, punca sebab gaduh kecil je”