Senang je minta tumpang percuma, netizen puas hati tak ada kereta tumpangkan ‘bagpacker’ Mat Saleh

Oleh KIM SYAZIE

Setahun dua ini rakyat Malaysia secara terbuka membincangkan bagaimana segelintir rakyat negara ini mudah termakan umpan ‘bagpacker’ Mat Saleh.

Pantang Mat Saleh berkulit putih minta tolong, pasti cair hati dan dibantu tanpa ragu walau terpaksa keluarkan wang ringgit!.

Atas sebab perbincangan dan kesedaran meluas itulah, nampaknya Mat Saleh-Mat Saleh ini tidak boleh lagi ‘jual muka’ di negara ini.

Seperti video dimuat naik seorang Mat Saleh, dia berdiri di tepi jalan raya mengharapkan ada kenderaan yang sudi berhenti memberikan mereka tumpangan.

Sambil memegang satu kadbod tertulis “Gerik”, dia juga melemparkan senyuman kepada kenderaan yang melepasinya.

Dia dengan bangga mengatakan kepada rakannya yang sedang merakam video itu – untuk melihat bagaimana dia boleh mendapatkan tumpangan secara percuma.

“Kita perlu ke Gerik dalam 55km”.

“Tiada masalah. Sangat senang. Bro, perhatikan ini. Senyum (kepada kenderaan itu),” kata lelaki itu.

Bagaimanapun hingga ke akhir video, tiada satu pun kenderaan yang berhenti untuk mereka.

Perkara tersebut membuatkan netizen Malaysia puas hati. Ruangan komen Mat Saleh itu dihujani kecaman orang ramai yang mempersoal mengapa mereka tidak merancang perjalanan dan pengangkutan lebih awal.

Ada juga yang bertanya mengapa tidak menaiki pengangkutan awam. Namun Mat Saleh itu hanya membalas “boring”.

Baca juga: Ramai buat ‘konten’ seram di rumah terbiar, pemilik buat laporan polis, mengadu susah jual rumah