Baru tahu ada cara mop lantai berkilat macam hotel mewah, hanya guna 3 bahan ini sahaja!

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka dengan hanya menggunakan tiga bahan yang sudah berada di rumah, permukaan mozek di lantai kediaman anda akan kelihatan lebih bersinar.

Berkilat tidak ubah seperti cermin, bahan yang digunakan untuk membersihkan lantai ini juga mampu membuatkan persekitaran rumah berbau wangi dan menyenangkan.

Kaedah ini juga dikatakan mampu menjimatkan wang berikutan tidak perlu membeli pencuci lantai kerana bahan tersebut kebiasaannya sudah ada di kediaman anda.

Berjaya mencuri perhatian ramai, panduan untuk membersihkan lantai kediaman ini dikongsikan oleh Mizs Lynda menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Bahan-bahan:

  • Air panas
  • Cuka makan
  • Cecair pelembut pakaian (softener)

Langkah-langkah:

1. Tuangkan air panas secukupnya ke dalam baldi. Kemudian, sukat cecair pelembut pakaian menggunakan penutupnya.

2. Masukkan satu penutup cecair tersebut ke dalam baldi yang telah berisi air panas. Lalu tambahkan lima titis cuka kedalamnya.

3. Kacaukan semua bahan di dalam baldi tersebut sehingga sebati. Selepas itu, aktiviti mengemop lantai sudah boleh dimulakan!

“Saya suka tengok kalau lantai rumah berkilat. Selagi tak berkilat, selagi itulah tak sah,” kata Mizs Lynda menerusi satu hantaran dimuat naik di platform tersebut.

Difahamkan, cuka makan tidak boleh diletakkan secara berlebihan kerana dikhuatiri permukaan lantai menjadi terlalu melekit sehingga boleh mengagalkan ‘tips’ ini.

Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini memberikan manfaat berguna kepada para pembaca terutamanya bagi mereka yang masih mencari cara untuk mengilatkan lantai dengan kaedah mudah dan berkesan.

Baca juga: Doktor kongsi tip cepat nak hilangkan tangan pijar, rupanya air sahaja tak cukup!