Baru tahu ada cara mudah hilangkan ‘peta’ di bantal, sental dengan 3 bahan ini terus selesai masalah!

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita berjaya mencuri perhatian ramai selepas membuat satu perkongsian mengenai kaedah membersihkan tompok kekuningan pada bantal.

Menerusi satu hantaran dimuat naik di aplikasi Lemon8, wanita dikenali sebagai Lea itu berkata bahawa tompok kekuningan atau peta ini haruslah dicuci secara berkala.

Hal ini kerana, tompok yang dipercayai terbentuk daripada bekas air liur atau peluh itu boleh menyebabkan kesan buruk jika terus digunakan seperti tumbuhnya jerawat.

“Kesan tompok kuning di bantal ini terjadi apabila terkumpulnya peluh kepala, rambut basah atau air liur basi. Lama-lama nanti jadi kuning macam peta minda. Geli wehh.

“Selepas itu, mulalah kulit muka naik jerawat sebab bantal sudah terlalu kotor. Ayuh, mulakan sental. Cuka adalah antara bahan penting untuk mencuci bantal kerana ia adalah pembasmi kuman,” katanya.

Cara menghilangkan tompok kuning atau peta;

Bahan-bahan

  • Satu baldi air
  • Dua senduk cecair pencuci pakaian
  • Satu senduk cuka

Langkah-langkah persediaan cecair pencuci

1. Masukkan cecair pencuci pakaian jenis wangi ke dalam baldi yang sudah berisi air paip.

2. Kemudian tambahkan cuka ke dalam baldi itu dengan tujuan untuk menghilangkan bau busuk pada bantal dan membasmi kuman.

3. Selepas itu, gunakan bancuhan ketiga bahan berkenaan untuk menyental bantal sehingga bersih daripada segala noda.

4. Bilas semula dan jemur bantal yang telah dibasuh di bawah sinaran matahari terik.

“Perah sahaja pakai tangan lalu jemurkannya di bawah matahari terik. Matahari ini bagus untuk memutihkan pakaian dan fabrik yang berwarna putih. Jangan malas cuci bantal kalau nak kulit yang cantik dan tidur yang nyenyak.” Tambahnya.

Perlu diingatkan bahawa panduan ini tidak boleh digunakan untuk bantal dari jenis kekabu. Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat.

Baca juga: Baru tahu ada cara mop lantai berkilat macam hotel mewah, hanya guna 3 bahan ini sahaja!