Buat pertama kali, komposer dan penyanyi Ajai mendedahkan rahsia di sebalik lagu Kesetiaan di mana lagu itu pada asalnya bukanlah milik Allahyarham Siti Sarah Raisuddin
Memetik laporan Gempak, lagu itu pada asalnya dicipta dan dirakamkan oleh artis wanita lain, namun dia tidak berasa puas dengan rakaman nyanyian penyanyi asal berkenaan.
Dia menyifatkan lagu kesetiaan mempunyai ‘roh’ atau lebih serasi dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah.
“Sebenarnya Kesetiaan saya dah rakam dengan artis lain tetapi saya tak nak bagi tahu artis itulah.
“Sebab bila dia dah record saya tak dapat kepuasan. So saya bagi tahu puan (pihak syarikat rakaman). Dia orang Sarawak. Saya kata puan, bagi balik duitlah. Because saya dah record dah dengar empat lima hari.
“Saya ini lain tau. Saya betul-betul fussy. Because I don’t think about money because… I think about Q and Q. Quality versus quantity. I think I pulang balik your money,” katanya menerusi podcast bersama Sinar FM seperti dilapor Gempak.
Untuk rekod, antara kejayaan terbesar Siti Sarah sepanjang kerjaya sebagai penyanyi adalah membawa pulang tiga pingat emas dalam World Championship of Performance Arts (WCOPA) di Los Angeles pada 2009.
Pernah menghasilkan tiga buah album, lagu-lagu nyanyian Allahyarham Siti Sarah seperti Kesetiaan, Jangan Kau Mimpi, Sandarkan Pada Kenangan, Saat Hilang Cintamu dan Semakin menjadi siulan ramai.
Siti Sarah juga pernah memenangi anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM2003).
Baca juga: “Menyesal aku percayakan suami, wanita disangka ‘scammer’ rupanya kekasih gelap dia”