Bau semerbak dalam kereta? Ini 8 petua nak hilangkan bau raja buah

Oleh MAISARAH AISYA

Sekarang ni tengah musim raja buah, mesti ada ramai ambil peluang pergi ke serata tempat untuk beli buah durian.

Kalau dah masuk dalam kereta memang automatik bau ia merebak ke seluruh kereta dan makan masa untuk hilangkan semua bauan.

Ha! Ini sembilan petua yang anda boleh ikut berdasarkan portal Vanilla Kismis.

1. Potong tangkai durian letak di jaring aircond

Lepas dah beli durian tu, patahkan sedikit tangkai durian kemudian belah sedikit di bahagian hujungnya.

Bahagian belahan itu boleh dimasukkan pada jari aircond kereta.

2. Buka tingkap kereta

Mesti perasan kalau beli buah durian kemudian tinggal sekejap dalam kereta mesti habis baunya melekat.

Pastikan buka tingkap dalam perjalanan pulang dan tutup aircond. Kalau dah parking kereta, pastikan buka sikit tingkap dan bonet.

3. Letak roti semalaman dalam kereta

Tip ni nak guna masa simpan buah durian dalam peti ais pun berguna juga. Letak beberapa keping roti dalam kereta termasuk di bonet.

Roti ni mampu serap bau durian, tak ada pening-pening nak muntah bila masuk dalam kereta.

4. Letak arang dalam kereta

Kalau sayang nak guna roti, boleh beli arang di kedai. Caranya sama juga, letak beberapa ketul arang dalam kereta.

5. Letak kopi uncang

Selain daripada menghilangkan pening minyak wangi, serbuk kopi atau kopi uncang ni boleh digunakan untuk hilangkan bau durian, boleh jadi pewangi kereta.

6. Guna soda bikarbonat

Caranya letak serbuk soda ini di dalam bekas terbuka dan tinggalkan beberapa jam dalam kereta.

Boleh juga ditabur terus tapi ia perlu dibersihkan dengan vakum.

7. Letak daun pandan

Kalau ada banyak daun pandan dalam kereta, boleh potong sedikit, simpulkan ia dan masukkan ke dalam kereta, ia boleh hilangkan bau durian juga.

8. Letak dalam bekas

Nak cepat dan tidak berbau, minta penjual kupaskan dan simpan terus dalam bekas kedap udara.

Selain hilang bau, kita juga boleh lihat kuantiti dan kualiti buah tersebut. Baru tahu berbaloi atau tak harga yang dibayar.

Baca juga: Risau cepat naik tunas? Ini cara simpan kentang yang betul, boleh tahan 2 bulan!