Pengantin baru kena kecam, nyaris dilanggar kereta api tapi lenggang kangkung keluar dari landasan

Oleh KIM SYAZIE

Sepasang pengantin baru menjadi bahan kecaman pengguna media sosial selepas sanggup membahayakan diri melakukan penggambaran perkahwinan di landasan kereta api.

Kedua-dua pasangan itu menimbulkan kemarahan ramai dengan aksi lenggang kangkung tatkala kereta api semakin hampir menuju mereka.

Difahamkan, lokasi tersebut adalah di Tanah Merah, Kelantan. Guillemard Bridge menjadi antara lokasi tumpuan pengantin untuk merakamkan momen indah mereka 

Dalam rakaman video dikongsi pengguna TikTok yahobravo, kereta api dilihat menghampiri pasangan pengantin berkenaan sambil hon panjang dibunyikan.

Pasangan pengantin itu kemudian berjalan keluar dari landasan tersebut dengan pergerakan yang sangat lambat.

Di akhir video tersebut, kereta api itu sempat berhenti betul-betul berdekatan dengan pasangan tersebut.

Video yang tular itu mendapat perhatian ramai kerana sikap sambil lewa dan lenggang kangkung pasangan berkenaan boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka.

“Alahai boleh duk jalan melenggang lagi. Kalau kereta api tu tak berhenti, mahu bersepai pengantin,” kata seorang pengguna TikTok.

Baca juga: Lelaki dedah rahsia tanam pokok mangga manis dan tak berulat, berbuah sepanjang tahun!