“Abang ipar aku ni mengharap gaji kakak aku je, bila dia tak ada duit, akulah jadi mangsa kena hulur”

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila menghadapi krisis dalam rumah tangga pastinya keluarga adalah antara yang pertama menghulurkan bantuan.

Sekali dua mungkin boleh dimaafkan tapi jika terlalu kerap maka pastinya ia akan menyusahkan dan pertolongan boleh bertukar jadi tak ikhlas.

Seorang wanita tidak memahami mengapa abang iparnya yang cukup sifat memilih untuk tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada kakaknya.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Aku ni baru sahaja habis belajar dan baru bekerja. Biasalah gaji lepasan univesiti ini bukanlah tinggi sangat, kena pula keluarga kakak.

Kakak aku ni kena bela lelaki biawak hidup, tambahan dia juga tak bekerja habis belajar dan baru mula kerja sebab terdesak.

Mana taknya kalau setiap minggu minta duit dekat aku sebab dia tak ada duit untuk jaga anak lagi dan lain-lain komitmen.

Suami dia muda lagi cumanya tulah berhenti kerja lepas berniaga tapi perniagaan dia makin teruk dan tak ada keuntungan langsung.

Kadang tu memang tak ada pendapatan langsung sampai kakak aku kena meminjam dekat aku.

Aku tak ada masalah nak tolong kakak sebab memang kebetulan aku duduk dekat dengan rumah dia bila hujung minggu.

Bila akui pergi tu abang ipar aku duduk tenang je di rumah, tak buat apa. Layan anak tidak, cari kerja memang tak lah, asyik dengan telefon sahaja.

Sekarang ni aku pula jadi tak ikhlas sebab kena tanggung biawak hidup ni. Abang ipar ni muda lagi dan pernah kerja lima tahun dekat syarikat besar.

Sekarang dah tiga tahun jadi penganggur, aku ni nak juga nasihat dia suruh cari kerja tapi sedar diri cuma adik ipar sahaja.

Nak kesian dekat kakak aku tapi sakit hati juga bila setiap minggu minta duit. Aku nak simpan duit nak kahwin pun rasa susah.

Aku pernah terlepas cakap dekat kakak, dan pastinya tahu dia terasa sebab aku pun lemas juga dengan keadaan macam ni.

Aku tak nak bagi tekanan tapi bila tengok baki dalam bank dia, menyirap pula rasa, tambah anak dia kena hantar sekolah khas jadi semua benda ditanggung sendiri.

Pernah aku tolong abang ipar cari kerja tapi tak dilayan, tipulah kerja dengan pengalaman lima tahun tu tak ada langsung orang yang nak ambil dia kerja.

Andai kata tak nak kerja sangat, aku harap dia ringankan beban kakak, jagalah anak bukan sekadar telefon sahaja di tangan.

Baca juga: “Aku tak tahan tengok perangai cikgu sekolah agama ini, berlaki tapi gatal dengan suami orang”