Bagi yang suka makan organ dalaman haiwan, mesti tahu betapa renyah nak goreng hati ayam dan pedal.
Memang sedap kalau dimakan dengan sambal belacan dan nasi panas, boleh bertambah pinggan.
Rupanya ada cara nak pastikan hati ayam tak meletup semasa proses goreng, tak perlu risau minyak mercik di dinding atau terkena tangan.
Cara goreng hati ayam tak meletup
1. Jangan goreng masa tengah basah
Biasanya antara kesalahan dilakukan adalah nak cepat masak, sejat ayam sikit, gaul dengan garam dan kunyit terus masuk kuali.
Air walaupun sedikit tapi kena minyak panas memang akan meletup, jadi pastikan hati ayam tu kering, lap dengan tisu untuk buang semua air.
2. Pastikan minyak betul-betul panas
Bila minyak tak panas tapi hati ayam dah masuk, ia akan menyerap minyak dan kdangkala jadi tak garing dan cepat meletup.
Pastikan minyak panas, boleh cubit sedikit bahagian dan masukkan dalam minyak, kalau berdesir dan naik cepat maka boleh goreng ia.
3. Jangan masak dalam kuantiti yang banyak
Memang betul boleh jimat masa, tapi segala bahan yang masuk ke dalam minyak ini akan menyebabkan suhu minyak turun.
Maka goreng ia dalam kuantiti sedikit, kalau banyak sangat bukan setakat meletup, ada nanti setengah masak elok, setengah lagi lembik.
4. Pastikan guna api sederhana
Api kalau tinggi sangat, hati ayam ni boleh jadi keras dan hangit dengan cepat, rasa pahit dan tak sedap bila dimakan maka gunakan api sederhana.
5. Sadur dengan tepung sebelum goreng
Sadurkan hati ayam dengan tepung sebelum goreng, tepung gandum atau tepung beras. Tepung ni boleh menyerap sisa air dan mengurangkan kemungkinan ia meletup.
Baca juga: Baru tahu ada cara ‘express’ buat donat guna 2 bahan, tak perlu diuli pun menjadi!