“3 tahun aku tunggu kawan bayar hutang RM2k, selamba dia bagi alasan Allah tak izinkan..”

Oleh MAISARAH AISYA

Bab berhutang ni sebolehnya cepat-cepatlah bayar, jangan tunggu bertahun pun masih nak peram duit rakan.

Kadang ada orang yang tak sampai hati melihat kawannya susah maka bantuan dihulurkan tapi bila nak bayar balik pelbagai alasan diberikan.

Terhutang budi dengan rakan, seorang wanita tak teragak-agak untuk meminjamkan duit namun sudah tiga tahun berlalu, duit yang dipinjam masih belum di bayar.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Empat ke lima tahun lepas, aku ni hidup susah walaupun sudah berkahwin tapi aku dengan suami tabah hadapi ujian tersebut.

Aku memang wajib tiap bulan pinjam dalam RM100 ke RM200 daripada seorang kawan (yang dah kahwin juga). Aku namakan sebagai Amy.

Jadi Amy ni memang baik gila. Masa aku susah, dia lah yang tolong aku. Masa suami aku sakit, dia laki bini tolong bawakan suami pergi hospital sebab masa tu anak aku masih kecil.

Tiap kali aku pinjam duit dia, memang aku wajib akan bayar balik hutang aku pada dia pada hari gaji. Aku dapat gaji sahaja, benda pertama yang aku bayar adalah hutang dia.

Dalam beberapa bulan juga aku ‘menyusahkan’ hidup dia. Kemudian hidup aku makin ok dan boleh dikatakan dah stabil.

Aku dah tak ada pinjam-pinjam duit dia dah dan dia pun hidup aman-aman je.

Dalam tiga tahun lepas, dia tiba-tiba WhatsApp aku. Dia kata nak minta tolong. Nak pinjam duit aku.

Dengan senang hati, aku tak ada tanya banyak, aku terus transfer sejumlah duit yang dia nak pinjam. Dalam RM2k juga.

Aku tanya dia ada masalah ke? Dia cakap mak dan adik beradik nak datang bertandang kat rumah dia sebulan.

Jadi duit tu memang diperlukan lah untuk makan minum, nak bawa keluarga jalan-jalan. Macam tu lah kata dia. Dia kata bagi masa sebulan. Dia akan bayar balik.

Aku ok je sebab masa aku susah, dia tak berkira. Ini giliran dia memerlukan, aku pun tak perlu lah nak berkira dengan dia kan.

Dipendekkan cerita, dah tiga tahun dia masih belum bayar duit aku. Aku tak minta, tapi kadang-kadang dia mesej aku, minta nombor akaun bank aku katanya nak bayar.

Bila aku dah bagi, dia senyap. Dah msuk lima kali dia minta nombor akaun bank aku. Aku senyap je lah sebab aku masih mampu lagi teruskan hidup.

Malang tak berbau, adik aku kemalangan. Dalam masa yang sama, mak dan ayah bersilih ganti masuk hospital. Memang memerlukan sangat-sangat duit.

Banyak alat-alat perubatan yang kena beli, terapi, makan minum dan macam-macam lagi lah.

Dalam masa sama, suami aku hanya makan gaji basic dan elaun saja, tak ada ‘overtime’. Sebab syarikat ada masalah. Memang susah sekejap hidup kami.

Aku cuba mesej dia, cerita masalah dan minta untuk dia lunaskan hutangnya. Dia macam biasa mintak nombor akaun dan maklum akan ‘transfer’ secepatnya.

Aku tunggu punya tunggu, tak masuk-masuk duit dalam akaun aku. Sampai dua minggu aku sabar.

Dalam masa dua minggu tu, aku tengok dekat facebook dia update yang hantar sedekah makanan kat masjid-masjid, sedekah sana sini.

Aku macam naik angin la. Kau sibuk sedekah sana sini, tapi benda wajib kau tak lunaskan. Aku pun whatsapp dia.

Kau tau tak dia jawab apa? Dia jawab, Allah belum izin untuk dia bayar hutangnya kat aku. Kemudia siap cakap, ini ujian untuk aku. Allah nak uji sama ada aku sabar atau tidak.

Aku akui, dia memang sekarang dah berjinak-jinak dengan agama. Seminggu dua kali pergi kelas agama. Tapi macam tu je dia tarbiah kan aku.

Aku cerita dekat suami aku, suami aku pulak asyik suruh aku sabar.. Sabar. Orang lelaki kan, memang mudah hidup dia.

Aku tak tau dah cemana nak tuntut hutang aku ni. Aku hidup susah sekarang. Sampai hati dia buat aku macam ni.

Baca juga: “Selalu dengar suara ingatkan buat susu anak, masalahnya isteri aku dah meninggal dunia”