Bertahun-tahun amil buat kegiatan jahat, duit zakat lebih RM45,000 masuk poket sendiri

Oleh KIM SYAZIE

Seorang amil yang diamanahkan mengutip zakat didakwa mencuri wang zakat yang disumbangkan orang ramai selama bertahun-tahun tanpa tidak diketahui sesiapa.

Menurut laporan, amil dari sebuah masjid di Singapura melakukan perbuatan terkutuk itu sejak tahun 2022 dengan cara menipu resit yang dikeluarkan.

Jumlah penipuan dianggarkan RM45,472.

Menurut laporan media negara itu, pada April 2022 seorang individu pergi ke masjid tersebut untuk membuat pembayaran zakat dengan menyerahkan wang tunai sebanyak SG$5,100 (RM17,165) kepada tertuduh.

Tertuduh mengeluarkan resit dengan nilai SG$5,100 kepada mangsa, namun kemudian membatalkannya dan mendaftarkan bayaran sebagai SG$100 (RM336.50).

Dia mengulangi perbuatan sama beberapa kali dan mengaut sejumlah SG$13,514 (RM45,472) dana zakat untuk kegunaan peribadinya

Berdasarkan perbicaraan di mahkamah seperti dilapor semula oleh AFP, tertuduh yang berusia 28 tahun bekerja sebagai pegawai zakat di masjid Al-Istiqamah yang terletak di 2 Serangoon North Avenue 2.

Dia ditugaskan memungut bayaran zakat daripada orang ramai di masjid berkenaan dengan mengeluarkan resit janaan komputer kepada pembayar sebelum menyimpan wang tunai di dalam peti keselamatan.

Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah sebagai pekerja, dengan tiga pertuduhan lagi diambil kira.

Hakim Daerah, Kok Shu-En ketika menjatuhi hukuman berkata : “Apabila anda mengatakan anda melakukan ini kerana bergelut dari segi kewangan dan mahu saya menganggap ini adalah kesalahan pertama, anda juga mesti sedar bahawa kesalahan itu adalah serius.”

Baca juga: Hanya guna sabun mandi! Wanita dedah rahsia mentua jaga periuk 22 tahun, berkilat macam baru