“Tergamak ayah paksa aku nikah, penat cakap anak dalam perut isteri bukan keturunan dia”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang pemuda merasa sangat kecewa dengan insan dipanggilnya ayah yang lebih meletakkan kepercayaan kepada orang luar daripada darah dagingnya sendiri.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, pemuda itu juga terpaksa menerima insan tidak dicintainya sebagai isteri meskipun wanita berkenaan sudahpun terlanjur dengan lelaki lain.

Lebih menyakitkan, pemuda berkenaan malangnya turut menjadi mangsa fitnah bakal isterinya sendiri berikutan wanita itu telah disahkan mengandung anak luar nikah.

Pemuda tersebut juga tiada tempat mengadu kerana bapa kandungnya sendiri memaksanya menikahi wanita kejam itu dengan alasan mahu menutup aib keluarga.

Tular di media sosial, insiden itu dikongsikan oleh pemuda terbabit tanpa mendedahkan identiti menerusi hantaran dimuat naik di platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter).

Berdasarkan hantaran itu, kejadian difahamkan bermula apabila wanita yang sedang berbadan dua datang ke rumah pengadu untuk mengadakan pertemuan dengan ayahnya.

“Pada tarikh 4 Jun, saya harus berkahwin secara terpaksa disebabkan bakal isteri hamil. Dia pernah menjadi kekasih saya sebelum bertunang dengan lelaki lain dan terlanjur.

“Tunang dia tidak mahu bertanggungjawab. Jadi, bakal isteri ambil kesempatan dan jadikan saya pak sanggup. Dia berjumpa ayah saya dan cakap kami pernah terlanjur.

“Padahal sepanjang kami bersama dulu, saya tak pernah sentuh dia. Ayah marah dan minta saya kahwin dengan bekas kekasih demi menjaga nama dan air muka keluarga,” tulisnya.

Angkara fitnah wanita terbabit, telah berlaku salah faham antara pengadu dan bapanya yang lebih mementingkan nama dan air muka berbanding kejujuran anaknya sendiri.

Pengadu juga itu kecewa kerana bapanya langsung tidak mempercayai anak sendiri malah usaha pertahankan diri dengan memberitahu perkara sebenar juga tidak berhasil.

Apa yang lebih menyedihkan, pemuda sebenarnya sudah memiliki kekasih baharu selepas menamatkan hubungan percintaandengan wanita yang akan menjadi isterinya itu.

“Saya rasa berat hati nak kahwin. Saya terlampau sayangkan teman wanita yang sekarang. Terlalu banyak dugaan Allah beri. Kali ini saya tak mampu menepis takdir. Apa saya patut buat.” Soalnya.

Merupakan kisah sebenar, pemuda berkenaan kemudian terpaksa berkorban dan menikahi bakal isterinya itu selepas didesak oleh ayah yang disayanginya.

Walaupun pernikahan tetap diteruskan pada Jun tahun lalu, pengadu mendedahkan bahawa dirinya berada di dalam proses penceraian hanya selepas beberapa bulan mereka menikah.

Baca juga: “Ada duit lebih sikit mesti nak beli barang kereta, aku yang isteri tak merasa nafkah, siap kena bayar sendiri”