Seorang gadis meluahkan rasa terkilan selepas mendapati makanan yang dipesannya dari sebuah ‘foodcourt’ di pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur tidak setanding dengan harga.
Menerusi perkongsian di TikTok @senpaifa, gadis itu memesan sepinggan nasi lemak dengan ayam tempura yang berharga RM13.90 tidak termasuk cukai.
Dia menunjukkan resit bukti pembeliannya dengan harga keseluruhan berjumlah RM14.75.
Namun apa yang mengejutkann, ayam tempura dalam set hidangan itu bukanlah ayam goreng tepung seperti yang sepatutnya, tetapi ia hanyalah patti burger ayam.
Di ruangan komen, gadis berkenaan mendakwa seolah ditipu kerana gambar pada papan menu berlainan dengan pesanan yang sampai kepadanya.
Dia juga mengatakan keropok yang dihidangkan bersama dalam set hidangan tersebut sudah lemau.
Sementara itu, ramai rupa-rupanya meluahkan perkara sama, mendakwa mereka juga sudah terkena dengan kedai tersebut.
Mereka berkata, kedai itu menyediakan makanan yang sangat tidak setanding dengan harga, selain berkongsi pengalaman terpaksa menunggu berjam-jam untuk satu hidangan.
Baca juga: “Hanya kerana lambat sidai kain, tergamak keluarga mentua bakar baju aku dalam bakul”