Bagi yang suka makan butter atau mentega dengan roti atau dijadikan base untuk buah kuah makanan berat mesti tahu ada masa harganya mahal.
Bila mahal maka ramai akan cari alternatif dan cuba cari resipi untuk buat sahaja ia di rumah, jimat duit.
Ikuti perkongsian Rapidah Ramli mengenai cara membuat mentega sendiri di rumah, hanya perlukan Whipped Cream dan pengadun.
Cara buat mentega di rumah
Bahan-bahan:
- 250ml Whipped cream/Thickened cream/Heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat)
- Mesin pengadun
- Air sejuk campur ais
- Garam
Cara-cara :
- Guna pengadun dan pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju. Pukul hingga susu terpisah dari pada air.
- Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula.
- Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau butter hingga menjadi kental dan bulat.
- Buat begini dua tiga kali sehinga air yang di tuang tadi menjadi hampir jernih.
- Maksudnya, letak air ais, kacau, buang. Letaklagi air ais kacau dan buang air, buat macam ni sampai air hampir nak jernih.
- Kemudian boleh campur garam atau apa sahaja bahan yang kita mahu.
Selamat mencuba!
Baca juga: Baru tahu ada cara ‘express’ buat Muruku, adunan leper lebih ringkas dan cepat siap!