Epal merupakan sejenis buah yang menawarkan pelbagai khasiat untuk tubuh badan melalui kandungannya yang kaya dengan serat, antioksida dan vitamin C.
Buah ini juga boleh meningkatkan sistem imun yang melawan penyakit, menurunkan paras bakteria dalam mulut serta mengelakkan masalah gigi malah menjadikannya lebih sihat dan putih.
Jika diambil setiap hari, ia turut mampu merendahkan risiko diabetes kerana kandungannya yang berserat tinggi menstabilkan gula dalam darah dan membantu mengurangkan rasa lapar.
Rasanya yang menyelerakan dan mudah didapati juga membuatkan buah ini sangat digemari dan menjadi pilihan orang ramai untuk dibeli terutamanya ketika berkunjung ke pasar raya.
Namun mereka yang tidak meminati rasa masam perlulah membuat pilihan dengan betul terlebih dahulu walaupun harganya tidaklah terlalu mahal untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.
Oleh yang demikian, berikut kami kongsikan lima tips dalam memilih epal manis dan rangup berdasarkan hantaran menerusi aplikasi Lemon8 oleh pengguna dikenali sebagai NorbayaDahalan.
“Siapa suka epal manis? Kita geng. Disebabkan saya hanya suka epal manis sahaja, jadi agak teliti sedikit ketika memilih buah. Memang kecewa rasanya kalau beli buah epal merah yang cantik, tetapi rasanya masam pula.
“Kalau yang suka masam tidak mengapalah kan? Jadi inilah antara kriteria yang saya selalu tengok setiap kali beli epal,” tulis NorbayaDahalan dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi tersebut.
- Corak kulit buah – Epal yang berbintik kebiasaannya kurang manis dan cenderung ke rasa masam. Sebaliknya, buah dengan corak jalur atau garisan lebih manis rasanya.
- Bau buah – Keharuman epal yang manis dapat dihidu daripada luar. Jadi, pilihlah buah yang berbau wangi.
- Warna sekata – Warna epal yang sekata menunjukkan buah berkenaan sudah masak dan lebih manis. Kalau suka masam, boleh pilih buah bertompok kuning atau hijau.
- Bunyi epal – Ketuk buah dengan manja sahaja. Sekiranya keluar bunyi yang nyaring, ia menandakan buah sudah masak, rangup dan banyak air.
- Tekstur buah – Picit epal. Tetapi ingat, jangan terlalu kuat. Elakkan mengambil buah yang lembik kerana dikhuatiri tidak rangup ataupun mungkin sudah lebam.
Baca juga: Baru tahu ada cara ‘express’ buat Muruku, adunan leper lebih ringkas dan cepat siap!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio