“Tahap malas suami aku, makan dalam bilik, siap pakej cuci tangan sekali, aku sampai terpaksa pinjam duit…”

Oleh MALAYSIADATELINE

Tanggungjawab sebagai suami isteri adalah sangat berat apatah lagi selepas bergelar ibu bapa dan menjaga cahaya mata.

Tapi masih ada yang lalai dan tidak mempedulikan anak sendiri dek kerana masih berada dalam dunia sendiri.

Seorang wanita mengakui dirinya kecewa dengan sikap suami yang berhenti kerja selepas Covid-19 melanda.

Luahan ini diambil dari Facebook Kisah Rumah Tangga.

Aku ni sudah berkahwin, anak ada dalam satu ‘team’ bola, suami aku sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) makin malas kerja.

Kerja baru dua bulan sahaja sudah berhenti. Kalau kerja sekalipun kerap sangat cuti sampaikan gaji hampir separuh dari gaji asas kena potong.

Bila dudu dekat rumah bukannya dia rajin bantu, anak sakit atau anak nak ke sekolah semua dia tak ambil tahu.

Rutin dia hari-hari adalah makan, tidur, main telefon sahaja. Makan pun dalam bilik siap pakej cuci tangan pun kena bawa masuk bilik.

Lagi teruk, mandi pula hanya seminggu sekali, rasa bertambah tekanan aku, macam tak normal seorang lelaki dengan pangkat bapa berperikelakuan sedemikian.

Tak cukup dengan tu, suami aku juga terjebak dengan judi atas talian, malah dia juga ambil ‘barang’.

Duit semua tu dia dapat daripada abang dia. Terkejut bila aku tengok akaun bank dia, main game tu habis RM1k sehari.

Aku ada semua bukti, tak cukup tu abang dia hasut supaya suami tak pergi kerja.

Abang dia tu ada jual barang terlarang, kalau suami aku ambil ‘benda’ tu seminggu tu dia tak tidur, sibuk main telefon.

Kadang aku rasa penat sangat nak meminjam, tebalkan muka demi perbelanjaan anak sekolah.

Bila aku cakap tak ada lauk nak masak, boleh pula dia makan nasi goreng kosong je, langsung tak fikir apa anak-anak nak makan.

Minggu lepas dia keluar rumah dan tak balik lagi, tahap sabar aku dah berkurangan, patut aku hidup sahaja dengan anak-anak.

Baca juga: “Hanya kerana lambat sidai kain, tergamak keluarga mentua bakar baju aku dalam bakul”