Ada masa tu bila dah lapar sangat tapi nasi pula ambil masa nak masak maka terpaksalah makan lauk sahaja dahulu.
Tapi sebolehnya nak juga tunggu nasi tambah nasi panas-panas pula memang bertambah pinggan nasi tu.
Rupanya ada cara cepat nak masak nasi ni, ikuti perkongsian pengguna Facebook, Najib mengenai taktik tersebut.
Taktik nasi cepat masak
“Taktik ini boleh menjimatkan separuh masa nasi dimasak. Jika biasa 10 minit, guna taktik ni boleh jadi 5 minit.”
Bahan-bahan:
- Beras
- Air panas
Cara-cara:
1. Basuh beras seperti biasa dan keringkan air sehabis baik.
2. Kemudian masukkan air panas bersesuaian dengan berapa cawan nasi dimasak.
3. Tutup periuk dan hidupkan suis periuk nasi.
4. Nasi akan lebih cepat masak disebabkan air sudah panas terlebih dahulu.
Kalau yang terbiasa masukkan jari untuk sukat tu berhati-hatilah, takut terlempar pula periuk tu nanti.
Rata-rata netizen turut berkongsi tips sama malah ada yang sanggup masak satu cawan setiap kali makan untuk tak membazir.
“Saya kalau buat, sukat guna cawan, 1 cawan beras dan 1 cawan air, sebab suka nasi panas. Selalunya lauk siap dulu baru masak nasi.
“Nak lagi cepat, letak air panas kemudian letak periuk atas dapur, Bila menggelegak dan hampir keirng baru masukkan dalam periuk nasi. Menjadi.
“Lagi satu kalau nak makan telur rebus, basuh telur kemudian masukkan sekali dengan nasi, dua-dua akan masak serentak,” antara komen pengguna Facebook.
Baca juga: Baru tahu ada cara ‘express’ buat dodol, tak perlu kacau berjam-jam pun menjadi!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio