Biskut Cornflakes Madu adalah salah satu kudapan yang cukup digemari oleh segenap lapisan masyarakat Melayu tanpa mengira umur atau latar belakang.
Rasanya yang manis dan rangup juga berjaya memikat selera sehingga membuatkan biskut ini menjadi ‘buruan’ para tetamu setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook berjaya mencuri tumpuan selepas membuat satu perkongsian mengenai resepi biskit olahannya untuk dicuba oleh orang ramai.
Menggabungkan mentega, telur masin dan juga cili padi, kuih Conflakes Salted Egg ini pastinya berhasil mengimbangkan rasa manis, masin, dan pedas di dalam mulut.
Berikut kami kongsikan resepi Conflakes Salted Egg berdasarkan hantaran pengguna Facebook yang menggunakan akaun Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga.
Bahan-bahan:
- Cornflakes
- Serbuk telur masin kuning
- Daun kari
- Mentega
- Cili padi potong
- Gula pasir
Cara penyediaan:
1. Cairkan suku mentega di atas dapur dalam perkakas pilihan (kuali atau periuk). Jangan letakkan terlalu sedikit mentega kerana dikhuatiri tidak menyaluti cornflakes.
2. Masukkan daun kari. Kemudian goreng sehingga garing. Jangan pula dibiar terlalu lama sehingga daun menjadi hangit.
3. Tambahkan cili padi dan serbuk telur masin sehingga naik bau.
4. Akhir sekali, campurkan cornflakes dan gaul sehingga sebati.
5. Selepas itu, bakar sekejap Cornflakes Salted Egg di dalam ketuhar atau air fryer. Sekiranya menggunakan air fryer, boleh bakar selama 7 minit di suhu setinggi 180c.
6. Biarkan sejuk sekejap sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Sedia dihidangkan dan boleh dijadikan kudapan sambil menonton televisyen bersama keluarga.
Baca juga: Patutlah tak gebu macam di kedai, rupanya ada cara elak pau kempis ketika dikukus
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio