Namanya mungkin tidak dikenali di Malaysia tapi bagi peminat cerita Taiwan pastinya pernah mendengar nama pelakon ini.
Pelakon berusia 72 tahun, Tian Wa mendedahkan kisah peribadinya sempena filem terbaru yang dikatakan adalah berdasarkan hubungan romantis masa lalunya.
Dalam satu temu bual bersama TVBS, filem ‘Finding Virginity’ adalah tentang cerita daripada hubungannya dengan tujuh lelaki.
Ini adalah termasuk hubungan sulitnya selama 17 tahun dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin.
Berkongsi dengan lebih lanjut, Tian Wa pada ketika itu baru sahaja selesai proses penceraian dan tinggal bersama anak perempuan hasil hubungan dengan bekas suami.
Pada ketika itu dia mencara rumah untuk dibeli dan lelaki tersebut yang memiliki syarikat perkhidmatan pengebumian, berkata dia akan membantunya.
Lelaki tersebut turut memberi Tian Wa elaun bulanan dan pelakon tersebut mengakui itu adalah antara momen terindah dalam hidupnya.
Pada masa dia memaklumkan dia menghormati lelaki tersebut yang mempunyai keluarga sendiri dan tidak pernah menganggunya saat dia bersama mereka.
“Dia sangat menyayangi keluarganya dan tidak boleh melanggar peraturannya. Apabila dia pulang ke rumah, saya akan memutuskan hubungan.
“Tetapi apabila dia berada di luar, dia adalah milik saya. Saya menerima ini dengan rela. Orang mengatakan saya seorang perempuan simpanan.
“Masa terbaik dalam hidup saya ialah ketika saya menjadi perempuan simpanannya,” katanya.
Pada masa sama, Tian Wa memaklumkan bahawa isteri lelaki tersebut mengetahui akan hubungan sulit mereka.
Akhirnya dia memilih untuk memutuskan hubungan mereka agar kekasih gelapnya itu mampu memberikan sepenuh perhatian buat keluarga.
Tian Wa sebelum ini berkongsi dalam satu temu bual bahawa dia sentiasa popular di kalangan lelaki dan juga mempunyai lelaki milenium, merayunya untuk bersama.
Ramai yang cuba meluncur ke mesej peribadinya tetapi Tian Wa hanya memilih untuk balas jika dia berminat dengan pihak lain.
Apabila ditanya bagaimana dia mengendalikan penerimaan foto eksplisit, dia berkata: “Saya mengabaikannya dan menyekat pengirim. Itu bukan tingkah laku yang baik atau betul.”
Baca juga: Beg tangan mewah edisi terhad TokTi curi tumpuan, bila siasat rupanya beg tangan 18 tahun lepas