Seorang remaja lelaki sanggup melakukan mogok lapar selama tiga hari semata-mata kerana ibunya tidak menunaikan permintaannya yang mahukan sebuah telefon bimbit baharu jenama iPhone.
Dalam satu rakaman video olen pemilik kedai telefon berkenaan, remaja itu mengakui dia tidak makan selama tiga hari selagi ibunya tidak membelikan telefon idamannya
Video itu tular selepas seorang wartawan di India bernama Abhishek memuat naik video itu di X, yang sehingga kini ditonton lebih sejuta kali dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Apa yang menarik perhatian adalah wajah ibunya yang kelihatan kurang senang dengan tingkah laku anaknya.
Lapor Oddicity Central, ibu remaja tersebut bukanlah orang senang.
Dia memperoleh pendapatan dengan menjual bunga di luar sebuah kuil.
“Saya menjual bunga di luar kuil dan saya memberikan dia wang untuk membeli telefon tersebut kerana dia tidak makan apa-apa selama tiga hari,” kata ibu remaja tersebut dalam video yang menjadi viral.
“Saya gembira tetapi saya mahu dia bekerja dan membawa pulang wang tersebut.”
Sikap remaja terhadap ibunya telah menerima kritikan di internet dengan ramai pengguna media sosial menuduhnya menyeksa emosi ibunya.
Mereka menyatakan bahawa remaja tersebut tidak sensitif terhadap kesusahan ibunya yang mencari nafkah dengan menjual bunga, tetapi masih memaksa untuk memiliki telefon pintar.
“Video ini menyedihkan,” tulis Abhishek.
Baca juga: “Suami asyik lebihkan ‘member’, aku mengidam nak makan pun kena keluar beli sendiri…”