“Dapat ‘client’ gatal, bos pula sibuk suruh melayan sedangkan dato tu suami orang, tak kuasa aku…”

Oleh MAISARAH AISYA

Kadang-kadang ada individu yang walaupun berpuluh kali ditolak, masih terhegeh-hegeh sedangkan orang tu jelas tak minat.

Bukannya nak berhenti, makin seronok mencari perhatian, tambahan orang sekeliling pula seolah-olah memberi galakan kepadanya.

Seorang wanita tidak menyenangi seorang pelanggan syarikatnya bergelar datuk yang mahu menjadikan dia isteri kedua.

Di bawah adalah kisah dari portal luahan perasaan atas talian.

Aku kena kacau dengan suami orang dekat tempat kerja ni, bukan kacau je tapi ajak kahwin sekali ye, sampai masuk melamar.

Cerita dia start macam ni, aku baru masuk alam pekerjaan, macam biasa je rasa dia, semuanya normal sampai lah aku jumpa dato gatal ni.

Dia client company aku, jadi ada sekali ni aku kena berurusan dengan dia, Dato ni orang pantai timur tau so kadang slang dia tu aku tak berapa faham.

Jadi setiap kali dia ajak sembang aku cuma senyum je and diam sebab tak pandai nak balas. Bila pertama kali jumpa ni aku ada mesyuarat dengan dia atas urusan kerja.

Disebabkan dia client kita kena dengar apa yang dia nak. Aku ikut je semua, dia nak macam ni macam tu kita follow lah.

Tapi normal je sebab bila kita meeting dengan client sampai waktu lunch orang tu akan ajak kita lunch sekali. Tapi aku tolak sebab ada bawa bekal setiap hari.

Tapi dia ajak yang memaksa, dia ajak staff lain jugak yang dia kenal, then kawan sepejabat aku ni cakap, “orang dah nak belanja tu, pergi je rezeki jangan tolak”.

Bila dah makan sekali mulalah keluar segala soalan peribadi, aku malas layan jadi aku senyum sahaja.

Kalau tengokkan gaya tu macam dalam umur 30-an, jarak umur dengan aku lebih kurang 10 tahun juga, ada rupa cuma suami orang bukan pilihan aku.

Kali kedua jumpa dia ajak makan lagi dan disebabkan rakan sepejabat aku terima ajakan makan bersama.

Masa tu dia mula cakap dia nak kahwin dengan aku, aku punya terkejut terus terdiam kaku, aku anggap dia bergurau rupanya dia meman serius.

Sampai depan pintu pejabatlah dia pujuk ajak kahwin dengan dia. Gila ke apa. Untuk maklumat korang dia dah kahwin isteri dia agak berumur tapi kaya.

Dia cakap disebabkan isteri dia dah tua dia nak cari yang muda pulak lagipun dia mampu. Aku ingat habis situ lah.

Sekali bos suruh contact dato tu atas tujuan kerja, setiap hari dia hubungi aku, ajak makan. Aku tak angkat sebab tak simpan nombor dia, ikutkan hati nak ‘block’ tapi kerja.

Sampailah satu hari tu dia cari aku dekat pejabat, satu office dengar dia pujuk aku suruh kahwin dengan dia, malu betul aku rasa.

Tak cukup tu dia jumpa bos aku cakap dia nak aku, aku siap berlakon konon dah bertunang dan nak kahwin.

Aku elak jumpa dia tapi bos aku suruh melayan dia, katanya nampak sangat si dato tu nak dekat aku.

Memang tak boleh aku nak layan jantan gatal tu walaupun aku ni bujang lagi. Aku plan nak letak surat resign demi keselamatan dan kepentingan diri sendiri.

Tapi aku memang tak selesa weh. Tak nak, terus terang aku cakap. Tak kisahlah ada rupa ke kaya ke, aku ni tak adalah terdesak sangat nak kan laki orang.

Setakat duit tu boleh cari sendiri, lelaki dekat luar sana pun banyak lagi belum kawin yang single dan lagi elok. Jadi aku ada banyak pilihan daripada pilih jantan gatal tu.

So korang yang ada laki orang nak kan korang tu janganlah. Tolong elakkan macam aku, duit kita boleh cari, tapi nak cari lelaki yang terbaik untuk kita ni susah.

Baca juga: “Aku penat jaga anak, suami pula layan macam bibik sampai ‘flush’ tandas pun tak reti”