Terpedaya dengan ‘Love Scam’, pesara bank rugi hampir RM2 juta

Oleh MAISARAH AISYA

Meskipun banyak iklan dipamerkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai sindiker ‘Love Scam’, masih ada yang terpedaya.

Mangsa juga bukanlah orang biasa, kebanyakan kerja dalam bidang yang tinggi dan mempunyai akses untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.

Terbaru yang menjadi mangsa ‘sindiket ‘Love Scam’ adalah seorang pesara bank, wanita tersebut dikatakan kerugian RM1.98 juta.

Kebanyakan sindiket penipuan ini selalunya melibatkan penerimaan bungkusan (parcel).

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada kira-kira jam 4.10 petang, semalam.

“Pengadu dalam kes ini adalah seorang wanita warga tempatan berusia 64 tahun yang juga seorang pesara bank.

“Untuk menebus bungkusan tersebut, pengadu perlu memasukkan wang ke dalam 12 akaun yang tidak dikenali seperti yang diarahkan sejak Mei lalu,” katanya dalam kenyataan.

Disebabkan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

“Orang ramai dinasihatkan jangan mudah terpedaya dengan ‘love scam’ dan tidak melayan individu tidak dikenali di media sosial.

“Orang ramai juga dinasihatkan membuat semakan sebelum melakukan transaksi kewangan dengan mengesahkan nombor telefon serta akaun di laman web CCID,” ujarnya.

Baca juga: Baru hari ini tahu atok Tengku Zafrul rupa-rupanya individu yang isytihar kemerdekaan 1957