Kalau setiap hari makan nasi putih pun rasa muak juga, sebolehnya nak pelbagaikan lagi masakan untuk dinikmati bersama keluarga.
Kalau buat nasi minyak ni kadang terasa renyahnya tapi biasalah ada hari terlebih rajin mesti rasa nak makan jadi terus ke dapur dan masak.
Rupanya ada bahan rahsia dimasukkan ke dalam nasi minyak ini untuk menaikkan bau dan kebanyakan orang biasanya tak meletakkan ia.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Ameera mengenai cara untuk masak nasi minyak dengan bahan rahsia.
Tip masak nasi minyak
Ini resipi untuk 4 pot nasi.
Bahan-bahan
- Bawang kecil merah- 6 ke 7 biji
- Bawang putih- 6 ulas
- Halia sebesar ibu jari
Bahan di atas dihiris nipis semuanya.
- Empat sekawan (bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis)
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar minyak sapi
- sehelai daun pandan
- susu cair separuh tin
- 1 sudu besar Sunquick Oren
- Garam
- Secukup rasa
Boleh nak masukkan gajus dan kismis, saya pilih untuk tak masukkan ia.
Cara-cara:
- Panaskan kuali, masukkan minyak sapi 1 sudu makan, minyak masak 1 sudu makan.
- Masukkan 4 sekawan ke dalam kuali, masukkan kesemua bawang yang dihiris nipis tadi bersama sehelai daun pandan.
- Masak sehingga kekuningan semuanya.
- Masukkan susu cair separuh daripada tin tu, saya guna jenama F&N.
- Kemudian masukkan oren sunquick 1 sudu makan, tujuannya untuk bagi nasi berbau harum dan bertambah sedap, jangan lupa garam bersama secukup rasa.
- Akhirnya, masukkan beras basmathi 4 pot yang dah dibasuh bersih, tak perlu rendam pun, cuci bersih dan terus masukkan dalam kuali.
- Sukatan air masukkan 7 pot air. Kenapa 7 sukatan air, bukan 8? Sebab dah letak susu cair tadi bersamaan 1 pot.
- Kacau mereka sehingga sebati, cukup rasa segala, lepas tu terus tuang ke dalam periuk nasi, masaklah mereka macam biasa di dalam periuk nasi itu.
Selamat mencuba
Baca juga: Baru tahu ada tips pilih manggis manis dan segar, periksa 5 perkara ini sebelum beli!