Persembahan empat orang murid di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dari Joe Flizzow dan Faizal Tahir membuatkan ramai kagum.
Ramai memuji kefasihan mereka menyanyi dalam bahasa Melayi serta melakukan rap.
Dalam satu video dikongsi di TikTok, empat orang murid dilihat sedang berlatih persembahan nyanyian dengan dibantu seorang guru.
Video nyanyian dengan paparan lirik pada skrin di belakang itu turut meraih lebih 500,000 tontonan dan hampir 30,000 tanda suka.
Penguna TikTok rata-rata mengatakan persembahan itu dijayakan dengan semangat muhibah sempena sambutan bulan kemerdekaan.
Mereka juga memuji inisiatif dilakukan para guru dengan memupuk semangat cintakan negara dan bahasa Kebangsaan dalam diri murid sekolah
Selain itu ada yang memaklumkan bahawa semua guru di sekolah SJKC kebiasaannya akan mengajar murid-murid dengan lagu patriotik ketika bulan kemerdekaan.
“SJKC mana ni, power betul,” kata pengguna TikTok @tayarberpusing.
“Tahniah cikgu. Saya tahu sekolah SJKC sentiasa mempersembahkan persembahan patriotik,” kata @Simelurputih.
“Tahniah cikgu. Ini adalah contoh sempurna rakyat Malaysia hidup dalam harmoni,” kata @Saadiah pula.
Sementara itu ramai yang memberi galakkan agar lebih banyak ‘content’ murid-murid menggunakan bahasa Melayu diketengahkan.
Baca juga: Daun kari ada bintik hitam? Ini cara pantas nak hilangkan ia