Sudah biasa dimanjakan ibu bapa hingga lupa untuk melakukan hal sendiri secara berdikari, malah selepas berkahwin pun masih sama kelakuannya.
Tidak kira lelaki mahupun perempuan perlu sedar akan segala tanggungjawab yang hadir selepas berkahwin bukan hanya memikirkan bahawa status diri sudah bertukar.
Seorang wanita mengakui penat melayan suami yang tidak langsung menghulurkan bantuan untuk dia dan anak-anak.
Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.
Suami sangat berkira dengan saya dan anak-anak. Bagi RM600 untuk beli barang kering dan basah serta keperluan anak-anak.
Bil utiliti semua saya bayar, kalau hujung bulan tak cukup maka tugas sayalah untuk tambah apa yang patut.
Tapi untuk keperluan dia, rokok, barang kereta, belanja kawan dan lepas selalunya ada sahaja duitnya, bila dengan saya bagi alasan dah habis duit.
Balik rumah mentua apa sahaja diminta mereka dipenuhi suami, saya ni bekerja untuk kelangsungan hidup dia sahaja kot.
Duduk dekat rumah pun nak berat tulang, semua benda saya buat walaupun saya juag bekerja, balik rumah tengok dia main telefon, saya siap masak baru dia datang nak makan.
Dia pernah cakap masa bujang apa pun mak dia siapkan dan kenyataan bila di kampung memang dia macam raja. Saya penat, sampai saya rasa saya tak ada suami pun tak apa.
Kereta dia ni untuk kegunaan keluarga mentua dan kawan-kawan dia sahaja, jauh beratus kilometer pun bukan masalah.
Tapi bila keluar dengan saya, guna kereta saya dan bila minta isi minyak, dia hanya bagi RM10 sahaja.
Saya memang tanam dalam hati, saya tak nak naik kereta dia. Pernah balik kampung dia, dia minta saya duit isi minyak.
Saya tak tahu kenapa suami saya sangat-sangat berkira dengan saya. Dia tak pernah solat. Tapi dia baik dan bertanggungjawab pada keluarga dia.
Dia selalu cakap orang yang baik dengan kedua orang tua syurga tempat dia. Ya, saya tak nafikan. Tapi dengan saya ni kadang saya tak reda tapi bila kenangkan sayang pada dia saya terima.
Tapi saya penat sebab saya macam bukan siapa-siapa. Pernah dia maki hamun saya sebab dia kata saya berbelanja sampai beratus-ratus untuk keluarga saya.
Salah ke? Satu sen pun saya tak minta duit dia. Balik kampung saya pun dah tak balik tiga tahun. Saya rasa baik saya menjanda daripada ada suami macam ni.
Baca juga: “Aku ingat lepas dapat anak perempuan ni suami akan berubah, tapi makin banyak pula dia curang…”