Banyak kes artis dan orang muda yang terlibat dengan pengaruh dadah, meskipun sukar ditinggalkan, ramai yang mencuba untuk menghilangkan ketagih demi keluarga.
Sebenarnya banyak yang berubah dan insaf, malah cuba sehabis baik untuk diterima masyarakat tapi biasalah ada sahaja memandang serong.
Buat anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdilllah, Osama Yamani tidak segan untuk bekrongsi pengalaman membesar di rumah perlindungan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).
Ujar Osama yang juga mengikut jejak ayahnya sebagai penyanyi, dia pernah tinggal bersama Jamal selam dua bulan lapor Kosmo! Online.
“Waktu itu saya berusia lapan tahun. Ketika itu rawatan baba (nama panggilan ayahnya) di Pengasih belum pulih sepenuhnya.
“Di sana baba mempunyai bilik khas sendiri dan hanya kami berdua sahaja di bilik itu walaupun usia saya masih kecil pada ketika itu.
“Tetapi ada banyak kenangan yang saya tidak dapat lupakan bersama dengan penghuni rumah pengasih,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Walaupun tinggal di rumah Pengasih, Osama memaklumkan dia tetap menghadiri sesi persekolahan sebelum Jamal membuat keputusan untuk hantarnya pulang ke Ipoh, Perak.
“Sepanjang di sana saya tetap meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. Baba akan menghantar saya ke sekolah dengan sebuah kenderaan khas yang disediakan oleh pihak Pengasih.
“Pulang sekolah juga mereka akan jemput saya seperti biasa. Tetapi, disebabkan jadual kerja baba yang agak padat, dia tidak berpeluang untuk meluangkan masa menjaga saya di sana.
“Disebabkan itu saya pulang ke Ipoh dijaga oleh nenek. Tetapi jika waktu cuti sekolah saya akan bersama baba di sana,” katanya.
Meskipun sedar masyarakat luar memandang serong, penghuni di sana banyak menasihatinya untik tidak terjebak dalam kancah dadah.
“Penghuni di situ banyak menasihati dan saya sangat bersyukur kerana di kelilingi oleh orang yang dahsyat selain banyak menasihati saya agar tidak terjebak dengan perkara tidak baik.
“Walaupun masyarakat di luar memandang serong, tetapi pada saya mereka ini orang yang baik dan selalu mengajak melakukan perkara kebaikan.” tambahnya.
Baca juga: 5 selebriti makin ‘hot’ selepas bergelar janda, rezeki pun makin mencurah