Bila sudah diberi peluang untuk duduk bersama, maka jagalah adab dan kebersihan bukannya buat seolah-olah di rumah sendiri sahaja.
Tambah pula namanya adik beradik maka nak menegur tu agak sukar sedikit, takut terasa hati nanti terputus persaudaraan.
Seorang wanita tidak faham mengapa kakak ipar yang bujang menolak tanggungjawab menjaga adik perempuan selepas kematian mentuanya.
Di bawah adalah kisah yang diambil dari Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.
Saya dah berkahwin selama lima tahun dan dikurniakan seorang anak. Cerita bermula mak mentua saya meninggal, suami dah lama kehilangan ayah.
Suami ada tiga beradik, kakak sulung belum berkahwin, adik perempuan yang masih belajar
Pada hari kematian arwah mak mentua, akak ipar telah tetapkan adik ipar duduk bersama kami tanpa berbincang dengan kami suami isteri.
Disebabkan hormatkan dia sebagai kakak, kami akur.
Setelah setahun lebih adik ipar duduk bersama, kami suami isteri sering bergaduh, tak kira puasa raya kami akan selisih faham.
Sebab suami kesian adik ipar seorang diri dekat rumah, kami nak beraya rumah mak ayah saya.
Ditambah pula adik ipar saya ni agak pemalas. Selalu memerap dalam bilik, kalau cuti semester, kalau tak disuruh buat kerja rumah dia akan duduk je dalam bilik.
Sampailah satu hari, adik ipar pergi ke rumah kakak dia sebab keluarga saya nak bermalam rumah kami. Nak guna bilik dia, saya masuk bilik tu untuk berkemas.
Sangat mengejutkan, bilik tu sangat bersepah, baju sebakul tak basuh. Saya hilang sabar dengan keadaan bilik tu saya mengamuk kat suami.
Entah macam mana saya terlepas kata akan keluar rumah kalau adiknya tak berubah.
Disebabkan itu, suami bincang dengan kakaknya, supaya adik dia tinggal bersama kakak pula, untuk selamatkan rumah tangga kami.
Tapi kakak ipar tak boleh terima terus marah-marah dan katanya, biarlah mereka dua beradik pergi jauh dari suami. Sehingga kini mereka tak bertegur sapa.
Saya hari-hari rasa bersalah, adakah disebabkan saya suami adik beradik gaduh dan tak bertegur sapa lagi.
Saya minta izin suami untuk minta maaf ke adik beradiknya agar hubungan mereka pulih semula, tapi suami melarang.
Kata suami, dia tidak pernah buang mereka, mereka yang pilih untuk pergi. Sampai sekarang saya rasa bersalah.