Lelaki terkejut dengar ‘demand’ penjual teh terkenal, minta bayaran hampir RM40k, hotel 5 bintang

Oleh MAISARAH AISYA

Bermula dengan menjual teh secara kecil-kecilan tiada siapa menyangka disebabkan satu video tular, Dolly Chaiwala kini terkenal sebagai bintang media sosial.

Dengan pengikut di YouTube sebanyak dua juta, maka tak terkejut jika dia mengenakan bayaran yang mahal bagi mereka yang menjemputnya.

Menerusi TikTok, Abdul Kareem mendedahkan segala permintaan yang diletakkan Chaiwala ketika dia cuba menjemputnya untuk ke Kuwait.

Chaiwala dikatakan mengenakan caj sebanyak KD2,500 (lebih RM35,000), malah dia juga akan membawa pembantunya bersama.

Hotel ditempah yang diterimanya hanya empat atau lima bintang sahaja, malah lebih mengejutkan dia berhubung melalui pengurusnya.

“Dia senaraikan permintaan tapi bukan dia yang cakap dengan saya, pengurus dia yang berhubung dan bayaran ini hanya untuk satu hari,” ujarnya dalam podcast tersebut.

Rata-rata pengguna TikTok merasakan bayaran tersebut berbaloi dengan statusnya yang terkenal namun ada yang mempertikai ia terlalu mahal.

“KWD2,500 bersamaan denganUSD9,000 dan hotel 5 bintang di Kuwait sangat mahal, tidak termasuk penerbangan kelas perniagaan dan semua itu hanya untuk satu hari.

“Dolly Chaiwala adalah seorang selebriti sekarang jadi jangan terkejut dengan bayaran yang mahal.

“Itu adalah caj biasa untuk selebriti, bayaran tu dikira sedikit jika nak dibandingkan dengan artis Bollywood yang lain,” antara komen netizen.

Jelas dia bukan pembuat teh yang biasa-biasa malah pengasas bersama Microsoft dan dermawan terkenal Bill Gates juga pernah bertemunya di India untuk merasa teh Chai.

Baca juga: “Mangsa dakwa diliwat penjaga rumah amal serta dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain”