Tiada angin tiada ribut, industri seni dikejutkan dengan video lafaz cerai oleh bekas suami penyanyi Datuk Nora Ariffin yang dimuat naik di media sosialnya.
Timbul banyak spekulasi mengenai bekas suami Nora, Dr Rushdi Ramli yang dilihat menunduk saat melafkan cerainya itu.
Nora pada akhirnya mendedahkan dalam satu temu bual bersama OhBulan! bahawa penceraian tersebut berlaku secara paksaan.
“Memang perceraian itu berlaku secara paksaan dan berlaku depan mata saya.
“Ketika kejadian kami baru selesai solat Subuh bersama dan dia dapat panggilan telefon untuk ‘lepaskan’ saya,” ujarnya seperti dipetik OhBulan!.
Terkejut akan perkara tersebut, Nora mengakui hubungan dia dan suami baik-baik sahaja dan mengakui salah memuat naik video lafaz cerai tanpa berfikir panjang.
“Saya sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salah saya waktu itu. Namun saya tahu siapa yang memberi arahan itu.
“Disebabkan terlalu emosi saya terus merakam perceraian dan memuat naik di media sosial tanpa fikir implikasinya.
“Saya sedar tindakan saya adalah satu kesilapan. Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional.
“Lagipun situasi waktu itu sangat mengejutkan dan menyebabkan trauma kepada diri saya. Ia berlaku di luar kawalan saya,” tambahnya.
Pada masa sama Nora memaklumkan video tersebut adalah untuk menjelaskan status terkini namun tidak dapat berkongsi hal itu dengan lebih lanjut.
Malah dia juga sudah membuat permohonan maaf terhadap bekas suaminya mengenai video yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Baca juga: Patutlah syarikat milik Khairul Aming tiada tawaran kerja kosong, rupanya ini puncanya!