Pepijat atas tilam lama ini memang susah dibendung dan saiz kecil menyukarkan mata daripada melihat dan membunuh ia.
Kadang-kadang kita pun tahu tilam tersebut ada pepijat, tahu-tahu sahaj badan habis gatal dan kemerahan.
Ikuti perkongsian pengusaha pest control, Khairun Naim menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
Pepijat ini amat sensitif dengan suhu yang tinggi.
Manakala telur pepijat akan menjadi mudah imun dengan semburan bahan kimia, ini adalah disebabkan lapisan telur menghalang ia daripada memberi reaksi.
Cara hapuskan pepijat
Seterika wap
1. Caranya adalah dengan menggosok seterika panas pada tilam yang mempunyai masalah pepijat.
2. Seterika semua bahagian terutama di bahagian celah lipatan tilam kerana di situlah tersembunyi telur pepijat.
Dengan cara ini, kita boleh hapuskan kesemua masalah pepijat yamg ada pada tilam tanpa panggil pest control.
Antara cara lain yang boleh digunakan jika tiada seterika wap adalah:
Guna daun durian belanda
Ini petua orang tua, ambil durian belanda dan selitkan pada celah-celah tilam. Katanya haiwan kecil ini alah pada kepada daun ini.
Boleh cuba, terutama selepas lakukan semburan untuk mengelakkan ia kembali.
Jemur tilam
Angkat dan jemur tilam dan kusyen yang ada pepijat di tengah cahaya matahari terik. Biarkan selama beberapa jam.
Guna baking soda
Caranya dengan menuangkan serbuk baking soda ke dalam mangkuk dan sapu serbuk tersebut ke bahagian yang mungkin didiami pepijat dengan menggunakan berus.
Biarkan selama seminggu sebagai ikhtiar untuk membunuh pepijat dan telurnya.
Ribuan rakyat Malaysia habiskan cuti di Thailand, orang Thai sampai tak dapat nak pergi Hatyai
Jika ada gel silica, tabur pada tilam
Gel ini berguna untuk menyedut cecair, tabur di kawasan sarang pepijat untuk menyerap cecair dan pepijat akan mati kerana dehidrasi.
Baca juga: Pengunjung program jualan tergamam kena bayar RM32, hanya beli sebekas buah potong!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio