Seorang wanita membuat luahan di TikTok, mendakwa terpaksa menolak lamaran pasangannya yang juga seorang askar disebabkan komitmen bulanan lelaki tersebut begitu tinggi.
Menurut wanita berkenaan, gaji pasangannya berakhir negatif sehingga dia ragu-ragu untuk meneruskan hubungan tersebut.
Dari perkongsiannya, gaji bersih lelaki yang dikatakan berpangkat koperal itu hanya sekitar RM700 selepas ditolak beberapa pinjaman peribadi.
Tetapi jumlah itu belum lagi ditolak untuk pinjaman motor.
Lelaki itu dikatakan sering meminjam duit makan dari wanita tersebut menyebabkan dia terbeban kerana perlu menanggung lelaki berkenaan.
“Salah ke saya menolak lamaran lelaki kenalan bekerja askar. Saya menolak kerana komitmen dia tinggi, slip gaji dia negatif.
“Saya tahu pun sebab saya tengok slip gaji sampai tinggal RM700 lebih. Itu pun tak tolak hutang Aeon motor dia.
“Saya bukan memilih tapi saya tak nak nanti selepas kawin saya kena tanggung komitmen dia. Saya kerja badan berkanun. Gaji saya nak kata besar lebih kurang saja tapi saya tidak ada banyak phenol dan slip gaji saya tak negatif.
“Yang paling red flag setiap minggu minta pinjam duit beli makan,” luahnya yang sehingga kini mendapat 2.5 juta tontonan di TikTok.
Dalam hantaran berlainan, wanita itu mendedahkan perbualan WhatsApp bersama lelaki tersebut bagi membuktikan dia tidak mereka-reka cerita.
Berdasarkan mesej perbualan, lelaki itu dilihat bersungguh-sungguh meyakinkan wanita berkenaan bahawa dia boleh membahagiakan wanita itu.
Namun setelah mengenangkan semula segala sikap buruknya termasuklah tabiat berjudi dan kaki perempuan, ia menjadi faktor kuat untuknya tetap menolak ajakan berkahwin itu.
Kisah ini ternyata tular bukan sahaja di TikTok, bahkan di Facebook yang rata-ratanya memuji keberanian wanita berkenaan kerana tegas menolak lelaki yang kemudian hari berpotensi menjadi “biawak hidup”.
Baca juga: KKM kesan kes positif babitkan lelaki tempatan, ini fakta tentang Mpox yang perlu anda tahu