Bagi yang tidak mengetahui ‘Buy Now Pay later’ (BPNL) adalah satu kaedah pembelian dahulu dan bayar kemudian.
Ramai dilihat leka berbelanja kemudian bila hujung mula korek tabung di rumah sebab terlebih berbelanja.
Seorang individu terkilan dengan sikp adik beradiknya yang gemar menggunakan kaedah BPNL ketika membuat pembelian, malah dia terpaksa menanggung segala hutang.
Di bawad adalah kisah yang diambil dari luahan perasaan atas talian.
Macam mana nak buat dekat adik beradik ketagih hutang, aku rasa macam nak lari dari rumah.
Aku tinggal dengan keluarga aku, seorang abang dan seorang adik. Semua dah bekerja biasa-biasa. Ayah aku dah tak bekerja, mak aku pula suri rumah.
Buy Now Pay Later. Aku benci betul benda ni. Hutang mudah ni buatkan aku nak lari dari rumah.
Sejak ada BNPL, adik beradik aku lagi ligat beli macam-macam kehendak pakai BNPL. Beli barang kecil dan murah pun nak BNPL.
Kalau bayar sendiri tak apa, tapi hampir tiap bulan akan minta ‘pinjam’ dekat aku sebab nak bayar BNPL. Baik adik atau abang.
Mujur mak bapa aku tak berminat nak shopping online. Mereka orang tua ni lebih suka pergi kedai terus.
Aku nak hubungi adik beradik pun susah sekarang. Selalu tak berangkat. Takut agen hutang call. Dah tu, bayarlah hutang tu.
Masalahnya aku tersepit, aku sampai sesak asyik ‘tolong’ bayarkan, kalau tak tolong, ditariknya muka merajuk, tengok muka aku macam nak kena pukul.
Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Hmm akhirnya aku yang mampus.
Paling bodoh sekali bila abang aku pegi beli slingbag branded sampai RM3k, padahal tak sedar diri gaji sendiri pun cuma separuh dari tu.
Bayaran installment dekat PS. Bila hujung bulan, terhegeh-hegeh minta aku tolong bayarkan. Katanya aku tak ada komitmen.
Adik aku perempuan, pun sama naik jugak. Beli baju raya, tudung, skincare, makeup sampai beratus-ratus, pakai BNPL. Hujung bulan cari aku.
Panas je aku tengok instagram dia kemain melaram, followers kemain puji cantik, padahal semua hutang.
Aku rasa dah jenuh mak bapa aku nasihatkan dorang berdua, tapi tak makan saman. Lepastu mak kan, mestilah akhir sekali dia pujuk aku untuk bantu adik beradik.
Mak tak suka tengok anak anak mak bergaduh. Apa yang aku patut buat, lari dari rumah, putuskan hubungan dengan adik beradik ke.
Aku risau hidup aku pula tak berkat nanti sebab mak bapa aku mesti kecewa kalau aku buat macam tu. Tapi aku tersepit.
Baca juga: Wanita berani tolak lamaran lelaki askar kerana baki gaji negatif, duit makan pun kena tanggung