Tak puas hati baca ‘review’, pemilik kedai bidas pelanggan, minta bagi komen depan-depan

Oleh MALAYSIADATELINE

Sebagai pemilik restoran, sudah menjadi kebiasaan untuk mendapat ulasan, tidak kiralah positif atau negatif.

Namun ada juga melihat kritikan diberi sebagai salah satu cara menjatuh perniagaan sedangkan setiap cita rasa manusia itu berbeza.

Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa tidak puas hati akan menu Fish and chip yang dipesannya.

Menerusi gambar dikongsikan jelas tertulis harga sebanyak RM33 untuk makanan tersebut yang dilihat hanya tebal pada bater sahaja.

“Ini sangat tidak sedap, pastinya tak akan datang lagi, tepung bater lagi banyak berbanding ikan,” ujar pengguna Facebook tersebut.

Hantaran tersebut meraih perhatian pemilik kedai yang melabel pelanggan tersebut ‘menyalak’ di sosial media.

“Nak tanya memang kalau zaman sekarang, pelanggan kalau jenis tak kena tekak bila pergi kedai makan akan ‘menyalak’ dekat group Facebook ke?

“Kenapa tak WhatsApp kami terus, ataupun mengadu masalah secara berhadapan jadi kami boleh pulangkan semua duit,” ujar Facebook kedai tersebut.

Rata-rata netizen tidak memahami mengapa perlu marah akan ulasan jujur sedangkan boleh ambil kritikan tersebut dan ubah mutu masakan.

“Memang tak semua org akan puas hati. Tapi kalau betul yg dia cakap, perbaikilah. Mungkin lepas ni orang makan akan puji lagi sebab kita dah perbaiki kelemahan.

“Terima sahaja lah. Jadikan kritikan itu untuk memperbaiki mana kurangnya.

“Fish and chips bukan bater and chips dengan ikan yang sedikit. Kenapa buat camtu sedangkan harga tu dah boleh buat proper fish and chips dah,” antara komen netizen.

Baca juga: Peniaga dipuji tetap buka kedai masa banjir, belanja satu kampung nasi percuma