Nak hasilkan buah manis? Rupanya kena campur dua bahan ini dalam air baja!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka menanam tidak kiralah pokok bunga, sayuran atau buah-buahan mesti rasa kecewa bila pokok ditanam tidak menjadi.

Kadang-kadang tu pokok dah tumbuh tinggi tapi tiada hasilnya maka boleh cuba ikuti perkongsian di bawah.

Ini adalah salah satu cara untuk buat air baja iaitu dengan campuran minuman probiotik, Yakult dan telur.

Kebaikan air pengalak campuran Yakult dan telur adalah ia menghasilkan bunga banyak, buah lebih manis, tanah menjadi subur dan saiz buah adalah lebih besar.

Cara buat air pengalak baja

Bahan-bahan:

  • 1 botol Yakult
  • 2 biji telur ayam
  • 1 unit botol mineral 500ml kosong

Cara-cara:

  1. Campurkan yakult dan 2 biji telur ayam.
  2. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati.
  3. Simpan campuran baja di dalam bekas botol mineral.
  4. Perap campuran baja 3 ke 7 hari. Pastikan botol tidak ditutup terlalu ketat untuk elakkan gas yang terhasil mudah keluar.
  5. Selepas 7 hari, air baja boleh digunakan.

Cara penggunaan:

  1. Tuang 20ml campuran baja ke dalam bekas lain sama ada untuk tujuan semburan atau siram ke tanah.
  2. Campur campuran baja dengan air biasa sebanyak 1 liter – 1.5 liter.
  3. Sembur atau siram larutan baja ke daun dan media tanaman.
  4. Semburan atau siraman larutan baja boleh dilakukan selang 2 ke 3 hari, pada waktu petang.

Baca juga: Ini cara mudah nak tanggalkan ‘wallpaper’ tanpa rosakkan cat, rupanya kena guna pelembut kain!