Siapa sangka, seorang wanita yang bergelar isteri tergamak berlaku curang dengan abang iparnya tanpa memikirkan perasaan suami dan kakak kandungnya sendiri.
Itulah kenyataan yang terpaksa diterima oleh seorang lelaki apabila isterinya ‘kantoi’ berlaku curang dengan birasnya namun terpaksa menahan amarah terlebih dahulu.
Hal ini kerana, lelaki itu tidak mahu keluarga kakak iparnya ‘bergolak’ dalam tempoh yang sama sewaktu anak saudaranya mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Walau bagaimanapun, lelaki itu khuatir jika perkara tersebut akan terbongkar dalam masa yang terdekat ekoran keluarga kakak iparnya sering berkunjung ke rumahnya.
“Isteri kantoi curang dengan saya. Dia curang dengan abang iparnya sendiri (biras saya). Kakak ipar tak tahu lagi. Saya tak beritahu sebab nanti anak mereka akan ke luar negara untuk sambung belajar.
“Saya tak nak keluarga kakak ipar bergolak di waktu anaknya nak sambung belajar. Saya bersabar dahulu. Masalahnya, keluarga kakak ipar ini selalu tumpang tidur di rumah saya.
“Saya ini tengah marah, panas hati. Kalau boleh buat masa ini, saya tak nak tengok atau berjumpa lagi dengan biras ini. Takut kalau saya bertindak di luar kawalan. Jadi apa perlu saya buat ya?,” soalnya.
Persoalan tersebut dikongsikan oleh sang suami menerusi satu hantaran di sebuah forum atas talian popular tanpa mendedahkan identiti sebenarnya, baru-baru ini.
Dalam hantaran sama, lelaki itu juga mengakui sudah memfailkan permohonan cerai tanpa pengetahuan isterinya kerana tidak mahu rancangannya untuk berpisah gagal.
“Kalau saya melarang kakak ipar datang tidur di rumah, risau dia rasa macam kena halau pula. Kalau biarkan dia tidur di rumah, risau kena bedal biras itu dengan saya nanti kang.
“Saya cadang nak beritahu kakak ipar dalam masa terdekat juga. Sebabnya, saya sudah failkan cerai di mahkamah. Isteri saya yang bernafsu jin itu tak tahu lagi. Kalau tidak, dia akan histeria nak bunuh dirilah. Macam-macamlah drama dia.
“Kiranya isteri tak nak kami bercerai. Jadi macam mana nak pastikan kakak ipar tak datang tidur rumah saya. Buntu. Jangan suruh bersabar. Sebab kesabaran saya ini sudah cukup. Tenangnya saya, Allah sahaja yang tahu.” Kesalnya.
Baca juga: “Aku rasa diperguna sangat, semua benda aku kena bayar, balik kampung suami pun aku tanggung”