“Aku terlepas bayaran sebanyak 3 kali, rimas bila mereka ‘call’ setiap hari, rasa menyesal guna BPNL…’

Oleh MAISARAH AISYA

Bila sudah terbiasa guna sistem beli dahulu bayar kemudian atau Buy Now Pay Later (BPNL), pastinya membeli tak ingat dunia.

Biasalah bila tak ada duit pun masih mampu nak beli barang, jadinya rambang mata bila hujung bulan barulah terkial nak cari duit untuk bayara.

Seorang wanita merasa terbeban selepas terjerat dengan BPNL yang pada mulanya hanya menggunakan ia untuk barangan keperluan.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Aku seorang wanita dengan usia sudah memasuki pertengahan 30-an. Pekerjaan aku biasa-biasa saja, ikut gaji minimum RM1.5k.

Aku mula kenal beli barang atas talian melalui aplikasi bermula huruf L sebelum aku terjebak pula dengan aplikasi S.

Masa tu gaji aku RM2.5k dan BPNL ni masih tak wujud, bila muncul sahaja pilihan tersebut. Aku yang tiada ilmu ni pun tekan untuk guna.

Mulanya limit dia RM500 dan sejak aku guna BNPL tu limit dia makin bertambah. Sampai satu tahap tu, limit BNPL aku naik ke RM1,700.

Aku banyak beli buku, barang skincare dan baju untuk kegunaan pergi kerja. Bila bertukar tempat kerja, gaji aku rendah jadi gaji minimum RM1.5k saja.

Dekat sini la yang menjerat aku. Aku memang bulanan bayar ansuran kereta RM630 (beli masa gaji 2500). Takaful pula RM161.

So, bila gaji RM1500 ni, baki yang tinggal sikit saja. Hutang BNPL makin lama makin bertambah.

Baki dekat tangan aku selalunya tinggal RM150 saja lepas bayar semua hutang tu.

Aku dah tiga kali terlepas bayar BNPL sebab duit yang ada tak cukup. Ada keperluan lain aku terpaksa dahulukan, kereta rosak dan sebagainya.

Memang aku akui, aku gagal bab kewangan. Sampai hutang aku tak terbayar. Takaful pun aku mula hentikan bayaran.

Dekat sini timbul penyesalan panjang dalam diri. Bodohnya aku sebab ikut hawa nafsu dan cetek ilmu kewangan.

Rasa rimas setiap hari orang BPNL akan hubungi. Aku sekat siap-siap nombor mereka jadi semuanya akan jadi panggilan tak diangkat.

Aku hari-hari teringat dosanya aku tak bayar hutang ni. Aku sampai takut kalau aku mati sebelum sempat habiskan hutang ni.

Aku mula rasa sempitnya rezeki aku yang lain. Ada sekali, aku nangis gila-gila bila teringat hutang BNPL ni.

Untuk korang, tak perlulah aktifkan BNPL tu. Sumpah, menyesal aku aktifkan. Dia tak boleh deactivate pula bila aku dah habis guna.

Aku sekarang ni tengah fikir nak hubungi AKPK. Nak buat struktur untuk bayar hutang aku. Malu kalau mak ayah aku tahu aku ni dah tahap bankrap. Dah jadi miskin semiskinnya.

Doakan aku agar mampu bayar hutang-hutang aku. Aku takut aku diazab Allah lebih perit.

Sekarang ni aku memang tak beli apa-apa guna aplikasi atas talian. Segala aplikasi membeli belah tu, aku padam.

Kalau nak barang online, aku kumpul gaji. Aku suruh adik aku belikan dengan aku bayar ke akaun dia. Rasa selamat sikit begini.

Baca juga: Risau isteri ‘bernafsu jin’ mengamuk, suami nekad fail cerai diam-diam – “Dia dan abang ipar..”