Baru-baru ini Pengarah Eksekutif Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali menafikan dakwaan tentang ‘air berkat’ yang dikaitkan dengan air janggut dan air bulu pemimpin mereka yang dimasukkan ke dalam bahan masakan.
Selepas lebih seminggu penafian tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada semalam dilaporkan telah menemui janggut di salah sebuah premis GISBH di Rawang, Selangor yang disyaki ada kena mengena dengan ajaran sesat.
Dalam serbuan Fasa 4 Op Global itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah merampas janggut tersebut.
“Rampasan kemudian dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan didapati barangan disyaki bertentangan dengan ajaran Islam.
“Kita juga ada merampas janggut di premis rumah di sekitar Rawang.
“Rampasan itu telah dirujuk kepada Jakim dan didapati barangan yang disyaki bertentangan dengan ajaran Islam dan berkait dengan ajaran Aura Muhammadiyah yang telah diharamkan pada 1986 serta Al- Arqam yang telah difatwakan sesat pada 1994,” katanya seperti dilapor Kosmo!.
Beliau berkata demikian dalam sidang media semalam.
Menurut beliau, tindakan penyitaan turut dibuat ke atas 16 buah kenderaan bernilai RM2.07 juta, 26 ekor haiwan iaitu 9 kuda, 14 arnab dan tiga burung merak, wang tunai RM18,650 dan dua utas jam Amazfit RM600 di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613).
Baca juga: Jimat duit, ‘portion’ pun banyak! Wanita kongsi resipi Mac & Cheese guna 3 langkah sahaja