Masih ada yang nak makan banyak tapi mengharapkan untuk bayar harga murah sahaja seola-olah hanya dia menghadap krisis ekonomi.
Jika dilihat kebanyakan mereka memilih untuk bayar sedikit ini keretanya mahal, pakaian berjenama tapi benda yang murah pun nak diskaun.
Tular di TikTok, seorang pengguna berkongsi kisah pelanggan yang memilih untuk menambah lauk akhirnya membayar kurang 50 sen sedangkan sudah jelas tertera harga.
Pemilik video tersebut, Ayu Zaharuddin menganggap ia sebagai ujian namun tidak menghalalkan duit yang kurang itu.
“Ujian kami tempoh hari, berdepan dengan manusia yang ado ado (kaya) tapi sengkek dan tak beradab.
“Makcik zaman dah berubah, ingat ya RM0.50 saya tak halalkan dunia akhirat tau. Buat malu ja, makan nak murah. Jangan ingat kami peniaga tak ada hati dan perasaan.
“Pelanggan kami bukan mak cik seorang sahaja,” ujarnya dalam hantaran di TikTok.
Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan peniaga tersebut malah berkongsi untuk tidak sewenangnya membayar kurang daripada harga disebut peniaga.
“Pernah dengar ustaz dalam syarahan agama. Jika contoh kita beli barang dan minta tawar harga tidak digalakkan kecuali peniaga dulu yang tawarkan harga rendah dan ikhlas dalam jual beli berlaku.
“Dalam kes ni sama sekalilah bayar tak cukup,” komen seorang pengguna media sosial.
“Siapa yang komen 50 sen je pun, itulah gaji peniaga. Tak salau nak minta diskaun tapi tunggulah persetujuan peniaga, jangan pertikai.
“Tak habis suruh sedekah, nak sedekah tak perlu tunjuk depan orang,” komen pengguna lain.
Baca juga: Majikan berhabis hampir RM500k, hadiahkan 100 pekerjanya dan staf intern iPhone 16 Pro