25 tahun dalam industri, gosip cinta bukan gimik murahan, Tyzo akui masih berkawan dengan Lydia Rosli

Oleh MAISARAH AISYA

Meskipun ramai menggunakan gimik murahan untuk menaikan semula nama, ada artis yang tidak gemar akan hal tersebut.

Apatah lagi ia akan hadir dengan pelbagai komen negatif dan menambah prasangka tidak baik kepada empunya badan.

Disebabkan itu penyampai radio, Tyzo menegaskan gosip cintanya dengan usahawan Lydia Rosli sebelum ini bukan gimik murahan.

Buat Tyzo, dia yakin netizen dan peminat pandai menilai bakat berbanding melihat kisah peribadi seseorang lapor Kosmo! Online.

“Sepanjang tempoh 25 tahun dalam industri, saya tidak ada kontroversi berkaitan dengan cinta dan sebagainya.

“Ada yang kata itu sebagai ‘marketing’ untuk kekal relevan dan sebagainya tetapi saya tidak setuju.

“Zaman sekarang ini orang lebih menilai bakat berbanding kisah peribadi,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Pada masa sama Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain menegaskan dia tidak menyimpan perasaan cinta terhadap Lydia Rosli namun kekal sebagai sahabat.

“Kami masih berhubung dan saya sekarang sibuk dalam bidang perniagaan begitu juga dia. Saya juga ada belajar selok-belok bisnes dengan dia, saling tukar pendapat.

“Ada juga yang kata saya mainkan perasaan dan semua orang memang berhak untuk cakap benda tidak baik tentang saya.

“Jujur cakap, saya tidak pernah mainkan perasaan orang sebab sebelum ini saya pernah disakiti dan menyakiti. Kalau saya muda lagi mungkin boleh (menyakiti),” tambahnya.

Baca juga: Dr Malar jelaskan fenomena ‘Pasar Ikhwan di Putrajaya’, kongsi tips atasi masalah lagu tergiang-ngiang di kepala