Senang rupanya nak bagi lantai berkilat, tambah satu bahan ini pun dah cukup!

Oleh MAISARAH AISYA

Lantai mozek antara yang paling cepat kotor dan kadang agak sukar dibersihkan meskipun sudah di mop berkali-kali.

Tambahan pula jika ada mozek putih, nampak malap dan kesan kaki muncul manakala mozek lebih gelap akan jelas terlihat debu.

Ini adalah cara untuk bagi lantai kelihatan licin tanpa menggunakan khidmat kerja pembersihan dan bahannya senang didapati di rumah.

Seroang pengguna Facebook, Heze Zamri berkongsi tip penting dalam mencuci lantai yang diambil dari seorang kontraktor perkhidmatan pembersihan.

“Petua ini dikongsi oleh saudara ibu, Uncle Hussin yang bekerja sebagai kontraktor untuk syarikat pembersihan dan kebetulan dia tak cukup kakitangan maka diajar tip ini.

“Sebelum ni mop guna sabun lantai Ajax, hampir sepuluh kali mop tapi debu-debu pasir masih kelihatan kesan dari ubah suai rumah, guna tip ni terus bersinar.”

Tip bagi lantai bersinar

Bahan-bahan:

  • Mop
  • Baldi
  • Air paip
  • Sabun pencuci pinggan Sunlight

Cara-cara:

1. Isikan air paip ke dalam baldi dan masukkan sabun pencuci pinggan jenama sunlight, tak perlu letak banyak pun.

2. Bancuh dengan air dan boleh mop lantai anda.

3. Tunggu ia kering dan siap! Lantai nampak berkilat macam baru pasang.

Baca juga: Ini baru betul luar flat dalam kondo! Warganet puji penduduk PPR hias lobi macam hotel