Ini 5 produk yang dah kena ‘claim’ oleh Indonesia tetapi sebenarnya milik Malaysia

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sangka 5 produk ini yang sering dianggap oleh rakyat Indonesia sebagai produk lokal mereka, sebenarnya adalah produk keluaran Malaysia.

Sebuah akaun media sosial di Indonesia, @Jembar.Digital menyenaraikan lima jenama dari Malaysia yang telah menakluk republik itu sehingga disalah anggap sebagai produk tempatan.

1. Maybank

Salah satu contohnya adalah Maybank, yang merupakan institusi kewangan terkemuka di Malaysia. Di Indonesia, kehadirannya cukup besar sampai ada yang percaya ia bank tempatan.

Di Indonesia, bank ini dikenali sebagai Bank Maybank Indonesia dan sangat terkenal sebagai salah satu bank swasta terkemuka.

2. Fipper

Jenama selipar Fipper sering menimbulkan kekeliruan mengenai asal usulnya kerana ada beberapa anggapan ia berasal dari Thailand.

Syarikat Fipper pertama kali ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai sebuah kedai kecil yang dijalankan secara fizikal di Sungai Wang, Kuala Lumpur (tiada atas talian).

Sandal ini kini banyak dijual di pusat beli-belah dan pasar tradisional di Indonesia 

Pada 2010, Fipper secara rasmi telah dikomersialkan di luar negara seperti Vietnam, Indonesia, Kemboja, Brunei, Mauritius, Korea Selatan dan Singapura.

3. Pasar Raya Giant

Agak mengejutkan juga apabila rakyat Indonesia pernah menganggap pasar raya Giant sebagai pasar raya mereka.

Namun difahamkan syarikat besar itu tidak lagi bertapak di republik berkenaan da.

Untuk rekod, perniagaan bekalan makanan Giant ini ditubuhkan oleh mendiang Teng Yew Huat buat pertama kali pada tahun 1944 di Sentul Pasar, Malaysia.

Sejak itu, ia semakin berkembang pesat dengan pembukaan Pusat Pasar Mini Teng di Bangsar pada tahun 1974 termasuk pasar raya yang berjaya merentasi sempadan negara.

4. Mister Potato

Jenama kerepek kentang ini dimiliki oleh syarikat Mamee-Double Decker yang berpusat di Melaka. Ia mula diperkenalkan buat kalj pertama pada 1992.

Produk ini berjaya dipasarkan di 100 buah negara, menjadikannya jenama Malaysia yang sering disangka jenama antarabangsa.

5.  AirAsia

Airbus A320 at the bay

Syarikat penerbangan tambang murah diasaskan oleh oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun pada tahun 2001.

Di Indonesia, syarikat itu kini mempunyai satu ibu pejabat dan 16 pejabat perkhidmatan serta jualan di 12 bandar utama.