Beras ni kalau tak habis maka ada segala kutu beras akan muncul dan bila basuh tu kena pastikan ia benar-benar bersih.
Rupanya ada cara senang nak simpan beras biar tahan lama, sesuai untuk mereka yang duduk di kawasan banjir.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Sha Ramson Abdullah mengenai cara menyimpan beras biar tahan lama.
“Prep beras cara kami suami isteri. Tak ada jemur-jemur beras, tak simpan dalam peti ais dan tak sangai beras.
“Hanya guna bawang putih. Masuk dalam bekas. La hawla wala quwwata illa billah.
Cara simpan beras biar tahan lama
Tempoh penyimpanan: 1 tahun ke 2 tahun. Masukkan beras dalam bekas secara berperingkat.
Lapisan pertama:
- Masukkan beras separuh bekas.
- Masukkan 3-4 potongan kecil bawang putih.
Lapisan kedua:
- Masukkan beras sampai penuh bekas. Masukkan 2 potongan kecil bawang putih. Pastikan beras betul-betul penuh.
- Kalau goncang bekas tu masih berbunyi, maksudnya ada ruang kosong dalam bekas tu. Penuhkan bekas dengan beras sampai takde bunyi bila digoncang.
Kenapa guna bawang putih?
Menerusi pemerhatian dibuat Sha Ramson selama dua tahun, beras yang dimasukkan potongan bawang putih ini tidak mempunyai masalah kutu beras.
Kongsinya lagi, rakan yang meletakkan bunga cengkih, cili kering dan kayu manis pun beras masih ada kutu beras.
Malah mereka yang simpan dalam peti ais, jemur dan sangai juga menghadapi masalah kutu beras itu.
Baca juga: Rakyat Malaysia terlalu pemurah, pengemis OKU warga China raih RM10,000 sebulan