Selalunya mereka tidak berkemampuan lebih mementingkan kualiti berbanding jenama kerana yang menyebabkan sesuatu itu mahal adalah disebabkan brand.
Disebabkan itu ramai lebih memilih barangan yang harganya lebih murah asalkan ia berkualiti dan tahan lama.
Dalam satu podcast Pengasas dan Pengerusi Al-IkhsaN Sport Sdn. Bhd, Ali Hassan Mohd Hassan mendedahkan bahawa mereka tidak pernah menaikkan harga terlalu ketara.
Peruncit barangan sukan nombor satu di Malaysia, Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) juga menyediakan pelbagai barangan sukan pada harga mampu milik.
“Bayang sudah 30 tahun, masih ada kasut terjual pada harga RM100 atau RM99. Mana peningkatan harga.
“Kenapa saya tak tingkatkan harga jadi RM200? Kerana saya ada perasaan sebab pernah hidup susah dulu, bila nak beli barang pun tak boleh.
“Bila kita mampu menyediakan perkhidmatan untuk mereka yang tidak berkemampuan ni, kita akan rasa bahagia,” ujarnya dalam Funnelevo Podcast di Youtube.
Pada masa Ali Hassan menjelaskan bahawa ramai terpengaruh untuk beli jenama yang disarung pemain profesional namun bajet ibu bapa tidak sebanyak itu.
“Kalau tengok sekarang kedai ni ada yang mahal dan ada juga murah disebabkan zaman ini budak-budak cepat terpengaruh, nak kasut bola macam pemain antarabangsa.
“Jadi mak bapa dia mungkin tak berkemampuan, sebab kasut itu RM1,000 lebih. Kalau nak mahal dekat Football Republic, sederhana Al-Ikhsan sport, nak murah lagi dekat Sport Warehouse.
“Dekat Sport Warehouse bukan hanya ada Adidas, Nike, kita juga ada Umbro, Lotto dan jenama lain tapi harganya lebih mampu milik,” tambahnya.
Dalam pada itu, dia berkongsi betapa gembira melihat anak-anak tersenyum dapat membeli kasut berkualiti tanpa mengosongkan dompet mak bapa.
“Kualiti bagus cuma bukan brand yang pemain bola Messi pakai tapi harga mampu milik, jadi kalau anak orang datang beli kasut Al-Ikhsan pun kita gembira.
“Sebab kita dapat layan orang yang tak berkemampuan untuk beli ia dan ia tidak membebankan mak bapa
“Al ikhsan sahaja menyediakan semua. Banyak cakap kita tiruan sedangkan kita fokus semuanya kepada mutu bagi mereka yang minat bersukan.
“Jadi bagi mereka yang mampu boleh beli yang harga RM1k tapi orang biasa jua boleh beli pada harga lebuh murah untuk jenama yang tidak besar,” ujarnya.
Baca juga: Syarikat penerbangan tertua di dunia muflis