“Aku dah terlanjur dengan dia macam suami isteri, tapi family dia tak nak terima aku sebab kerja bawa treler”

Oleh MAISARAH AISYA

Ada ibu bapa yang terlalu memilih akan pekerjaan yang dilakukan bakal menantu tapi asalkan ia halal seharusnya tidak menjadi masalah.

Bila jodoh pun masuk campur tangan keluarga maka yang akan kecewa di kemudian hari adalah anak-anak itu sendiri.

Seorang lelaki mahu bertanggungjawab terhadap kekasih selepas ‘bersama’ dengannya bak suami isteri namun dihalang keluarga wanita.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Nama aku M dan aku dah berkahwin serta sudah dapat anak sorang. Sebelum aku berkahwin. Aku bercinta dengan Nur A.

Sepanjang percintaan aku dah banyak kali terlanjur dengan A. aku memang nak kahwin dengan A. Umur aku dengan A jarak hanya tujuh tahun, muda A dari aku.

Kami sama-sama berjanji nak kahwin. Tapi atas desakan keluarga si A. Dia sudah berpindah dan aku terputus hubungan dengan Si A.

Puas aku cari Facebook, nombor telefon dia. kawan-kawan dia semua tak tahu tentang dia. Hampir lima tahun aku tak jumpa dia dan aku pun berkahwin atas pilihan keluarga.

Jujur cakap malam selepas aku menikah dengan isteri, aku menangis rindu ingatkan si A. Hati aku betul-betul nak dengan Si A tapi aku lawan perasaan aku untuk lupa kan A.

Tapi tak boleh, masa depan dia, maruah dia semua dalam poket aku. Aku dah terlanjur dengan dia macam suami isteri tapi keluarga si A tak terima aku sebab aku bekerja sebagai pemandu treler.

Mungkin darjat berbeza. Aku pernah plan untuk kahwin lari asalkan si A isteri aku. Sampai satu hari takdir menentukan aku kena hantar kontena di kilang terletak Utara tanah air.

Sampai di kilang tersebut aku menunggu kerani untuk sign Surat DO(delivery order). Di saat itulah aku terpandang si A yang nak sign.

Dari situ aku terus ajak dia keluar makan, dia masih belum kahwin. Dia tak percaya lelaki sejak dari aku putus dengan dia.

Dia tak sanggup nak nikah dengan mana-mana lelaki selain aku. Sejak dari tu aku mula berhubung semula dengan A melalui telefon sahaja.

Aku nak nikah dengan dia dan nak madukan dengan isteri aku. Aku yakin isteri aku pasti tak terima. Jadi perlu ke aku jujur dengan isteri aku tentang kisah aku dengan dia supaya isteri aku boleh menerima dia?

Isteri aku pun tak kurang, tak lebih, cukup sempurna. Untuk bab poligami. InshaAllah. Allah saja yang mengetahui kemampuan aku.

Baca juga: Wanita mengadu suami curang dengan pekerja sendiri, respon Fazura undang persoalan