Bukan senang nak bangun semula selepas bercerai namun itu tidak mematahkan semangat ibu atau bapa tunggal untuk fokus kepada diri sendiri
Buat pelakon Hisyam Hamid yang bercerai selepas 20 tahun berkahwin, dia menganggap gelaran ‘duda hot’ sebagai perkara positif lapor Kosmo! Online.
Pada masa sama pelakon berusia 38 tahun itu bersyukur dia semakin bangkit selepas bercerai dengan bekas isteri Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel.
Dalam masa sama, Hisyam, 38, bersyukur kini kian bangkit selepas bercerai dengan bekas isteri sebelum ini.
“Saya ambil sebagai pujian. Mungkin benda tersebut secara tak langsung ada impak positif.
“Alhamdulillah, sekarang saya gembira dengan kemajuan diri. Ini proses saya untuk bangun selepas jatuh,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pelakon dari Singapura itu juga mengakui hidupnya lebih selesa menjadi orang bujang dan hanya menumpukan perhatian terhadap anak dan ibunya.
“Buat masa ini, saya selesa dengan hidup macam ini (duda). Kawan-kawan macam biasa dengan semua orang.
“Saya hanya mahu berikan tumpuan kepada anak-anak dan ibu saya,” ujarnya lagi.
Baca juga: “Demi Allah, individu itu bukan saya” – Isman Hijjaz nafi akan nikahi Ina Naim