“Semua bil i tak pernah sentuh”, Neelofa dedah sikap suaminya PU Haris sepanjang berkahwin

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan jelita, Noor Neelofa mendedahkan sikap suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz sepanjang mereka bergelar suami isteri.

Menurut Neelofa, dia tidak pernah menyentuh segala bil termasuklah bil api, air dan bayaran rumah sejak dia berumahtangga.

Katanya, PU Riz menjaga nafkah dan menggalas tugas sebagai seorang suami dengan baik sehinggakan suaminya akan menegurnya jika dia membeli barangan dapur menggunakan duitnya sendiri.

“Kadang-kadang I beli susu anak ke barang nak masak, ayam atau ikan macam tu dia tanya mana bil? Dia kata jangan buat macam ni, benda ni I kena bayar,” kongsinya.

Pada masa sama kata Neelofa, seorang suami mengambil isterinya dari jagaan si bapa, maka tugas suami itu perlu meneruskan segala yang telah disediakan sebelum ini.

“Jadi, kita berhak memberi hormat kepada dia (suami) untuk dia memimpin keluarga, kerana itulah kita kena tunduk kepada suami,” kongsinya lagi.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022 dan Muhammad Abbas pada Julai 2023.

Baca juga: Terlupa nak basuh bekas makanan sampai ada bau? Jangan panik! Ikuti tip ni, tak perlu susah beli baru